[GAMBAR]Ini 10 Fakta Mengenai Aidil Aziz, Suami Fasha Sandha.

Dengan sekali lafaz, Aidil Aziz dan Fasha Sandha sudah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Menarik, kita lihat 10 fakta mengenai suami Fasha Sandha, Aidil Aziz.

1.Pelakon Aidil Aziz atau nama sebenarnya, Mohd Aidil Bin Abdul Aziz telah dilahirkan pada tanggal 28 Julai 1987 di Seri Kembangan, Selangor.

2. Menariknya, Aidil gemar bertutur dalam dialek Negeri Sembilan kerana keluarganya berasal daripada negeri tersebut.

3. Di samping itu, Aidil juga turut sinonim dengan panggilan ‘Pak Ngah’. Malah, Fasha turut menulis panggilan sama buat Aidil di media sosial.

4.Pada tahun 2009, Aidil memulakan karier sebagai seorang pelakon. Setelah beberapa tahun selepas itu, nama Aidil mula dikenali selepas Aidil membintangi sebuah drama bersiri berjudul Saiful Nita yang ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.

5. Kemudian pada tahun 2010, filem pertama yang menampilkan pelakon kacak Aidil ialah filem berjudul Kapoww. Selepas itu, Aidil telah membintangi dalam filem Evolusi KL Drift2 arahan Syamsul Yusof.

6.Sehingga kini, Aidil sudah berlakon hampir 30 buah drama bersiri sepanjang bergelar sebagai seorang pelakon selama 10 tahun.

7. Selain meminati dalam bidang lakonan, Aidil juga amat meminati dalam sukan bola sepak. Oleh itu, Aidil telah banyak meluangkan masa bermain bola sepak.

8.Tidak lari dari kontroversi, nama Aidil pernah menjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu apabila Aidil telah ditahan untuk siasatan selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya pada September 2016.

9.Namun, Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM 4000 dan dakwaan terhadap Aidil telah digugurkan pada Mei 2017 selepas didapati tidak bersalah.

10. Aidil telah mula berkenalan dengan Fasha Sandha akhir tahun 2017 selepas mereka terbabit dalam sebuah penggambaran sitkom bertajuk Mamu Mami Gosip. Selepas hampir 1 tahun berkenalan, pasangan ini telah bertunang pada 18 November 2018 dan diijabkabulkan di Perlis, pagi tadi.

Sumber : Carian Google

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply