Gemar Memakan Makanan Mentah Boleh Menyebabkan Cacing Pita Bersarang Didalam Tubuh..

0
53

Anda gemar memakan makanan yang mentah atau separuh masak? Tahukah anda makanan mentah berkemungkinan besar mempunyai parasit atau cacing di dalamnya? 

Sebagai contoh, Sushi atau Sashimi. Walaupun sedap dimakan mentah, namun tanpa sedar anda mungkin termakan parasit yang terdapat di dalamnya.  

Baru-baru ini sebuah akhbar Singapura, Straits Times telah melaporkan kejadian yang menimpa seroang lelaki yang dikatakan telah ‘membela’ cacing pita sepanjang 2.8m dalam tubuhnya tanpa dia sedari.

Lelaki Ini Secara Tidak Sengaja Menternak Cacing Pita Sepanjang 2.8 Meter Gara-Gara Gemar Makanan Mentah! (Sumber: Straits Times)

Dia tidak pernah menyedari akan hal itu kerana selama ini tiada sebarang simptom yang menunjukkan badahnya mempunyai parasit sepanjang itu.

Dalam imej yang ditangkap oleh Jabatan Mikrobiologi Hospital Umum Singapura (SGH), cacing itu dikatakan mempunyai panjang sekurang-kurangnya 1.5 kali lebih daripada tinggi pesakit itu.

Seorang pakar penyakit berjangkit, Hsu Li Yang berkata kes yang berlaku pada tahun 2016 itu terjadi kerana lelaki itu terlalu kerap memakan makanan laut mentah atau kurang masak. 

Gambar Hiasan

Selepas pemeriksaan terperinci dilakukan, Jabatan Mikrobiologi SGH mengatakan bahawa cacing pita sepanjang 2.8m itu mungkin berasal daripada ikan air tawar mentah atau yang kurang masak.

Adalah tidak mudah untuk mengesan parasit yang ada di dalam ikan menggunakan mata kasar dan biasanya tetapi pembuat sushi yang berpengalaman dan pembekal ikan yang mampu mengesan parasit tersebut.

Walau bagaimanapun, doktor mengatakan bahawa mereka yang gemar menikmati sashimi atau salmon mentah tidak perlu bimbang tentang penggunaan bahan mentah itu dalam hidangan mereka.

Gambar Hiasan

Sebelum ini,pernah dilaporkan pada bulan Januari lalu apabila seorang lelaki berusia 30 tahun di Amerika Syarikat dikatakan mempunyai cacing pita sepanjang 1.6m dalam perutnya kerana dia dikatakan menikmati salmon sashimi hampir setiap hari.

Apa pun, tidak salah untuk menikmati makanan laut mentah namun berpada-padalah dan hadkan pengambilannya. Sebaiknya makanlah makanan yang dimasak secara sempurna sebelum anda menikmatinya. -CARI

Video:

Sumber: cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat