Semoga anaknya dapat berjumpa dengan ibunya…

Ramai tersentuh selepas membaca perkongsian mengenai seorang lelaki dan anak perempuannya di media sosial.

Khabarnya, dua beranak ini dari Pasir Gudang nak ke Pulau Pinang untuk mencari seseorang iaitu individu ‘kesayangan’ mereka berdua.

Mereka berdua membonceng sebuah motosikal yang sudah usang. Mungkin itu sahaja kenderaan yang mereka ada untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Si anak tetap ceria meskipun membonceng motosikal bersama bapanya tanpa topi keledar dan baju sejuk.

Mungkin dia tidak sabar lagi untuk menemui ibunya yang sekian lama tidak berjumpa.

Si bapa, biarpun terpaksa menanggung kepayahan namun tetap tersenyum demi memenuhi hajat anak perempuannya.

Mujur ada insan yang prihatin dengan nasib mereka berdua. Syabas diucapkan kepada abang-abang lori yang menghulurkan sumbangan serta menumpangkan mereka berdua sampai ke Pulau Pinang.

Kepada si isteri merangkap seorang ibu, harap dapat membaca berita suami dan anakmu yang sedang mencari kamu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply