[VIDEO] Hazwani Helmi Mempamerkan Semangat Kemerdekaan Menerusi Lagu

Hazwani Helmi atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi,21 merupakan adik kepada bekas penyanyi Akademi Fantasia, Heliza Helmi. Seperti kakaknya, beliau turut mempunyai suara yang lunak dan juga turut berkebolehan membuat beatbox.

Kemahiran membuat beatbox pada lagu-lagu berunsurkan ketuhanan, sekali gus menjadikan dirinya sebagai satu-satunya Muslimah yang berdakwah secara unik.

Selain menyanyi, anak bongsu daripada 4 orang adik beradik ini turut aktif bersama kakaknya dalam melakukan kerja-kerja anak dan sering mengikuti misi kemanusiaan seperti di Syiria dan lain-lain negara.

Sempena hari menyambut Hari Kemerdekaan ynag ke-61 iaitu pada hari ini, beliau telah memuat naik video nyanyiannya bersama Heliza Helmi di Gegar vaganza dengan kapsyen di Instagramnya yang cukup menunjukkan bahawa beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negara tercinta sekali gus memberi kata-kata semangat kepada para atlet negara di sukan Asia yang berlangsung di Jakarta Palembang

Selamat hari kebangsaan, MALAYSIA🇲🇾 Syukur, Tuhan beri kita nikmat merdeka sejak 61 tahun yang lalu. Semoga Malaysia terus menjadi negara contoh dalam menunjukkan perpaduan kaum dan semoga berjaya kepada para atlet negara kita yang sedang berjuang di Sukan Asia Jakarta Palembang. MALAYSIA BOLEH!! #SayangiMalaysiaku

VIDEO PENUH :

 

meremang bulu remang dengar lagu ni

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram hazwanihelmi