Ibu Restu Niat Michael Ang Pelvk Islam.

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Michael Ang yang memelvk Islam sejak setahun lalu berkata, dia tidak kisah pandangan orang lain, asalkan ibunya merestui keputusannya.

Biarpun ramai yang gembira apabila mengumumkan berita itu, Michael tidak menafikan, ada segelintir pihak melemparkan pandangan neg4tif, termasuk menuduhnya sengaja membuat gimik.

“Tuduhan itu agak keras, tetapi saya malas mahu layan. Saya buat tidak tahu sahaja kerana yang penting, ibu menerima keputusan saya untuk menjadi Muslim.“Ibu sangat gembira, malah siap membelikan periuk baharu untuk kegunaan memasak makanan kegemaran saya,” kata pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu.

Michael, 43, berkata, dia masih dalam proses memperbaiki diri, termasuk melancarkan bacaan dalam solat.Akuinya, dia masih sukar menghafal surah dalam bahasa Arab dan terpaksa menggunakan terjemahan Inggeris ketika solat.

“Sebelum ini, saya ada belajar dengan ustaz dan sempat beberapa kali menghadiri kelas agama. Disebabkan jadual kerja yang ketat dan kesibukan di lokasi penggambaran, saya cuba belajar sendiri, termasuk menggunakan al-Quran digital.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamaulikum semua! 🌙 Ramadan bakal menjelang 2 hari sahaja lagi. Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan & selamat menjalankan ibadah puasa buat semua umat Islam. Sambil-sambil tu nak bagitahu yang anda sudah boleh dapatkan koleksi baju raya saya & rakan artis yang lain hanya di @starvilion. Dah boleh check out Lebih 250 design & 1,000 warna menanti anda ✨ Berita baik, sekarang anda boleh dapatkan DISKAUN 10% untuk semua KOLEKSI RAYA 2019 sempena #StarvilionLabourDaySale di STARVILION. Jualan akan berlangsung sehingga 5 MEI 2019 ini sahaja. Jumpa di Starvilion ok! 😉 #StarvilionBalikRaya2019 #Starvilion #thisisstarvilion #beyourownstar #RTWfashionstore

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Saya turut menggunakan kaedah pembelajaran menerusi YouTube. Bagi saudara baharu seperti saya, cara ini agak mudah kerana ia membabitkan dua teknik iaitu audio dan visual,” kata Michael atau nama lengkapnya, Michael Ang Hai Swee.

Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, pengarah drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot itu menjelaskan, dia kini sibuk menyiapkan program masakan, Michael Ang’s Halal Kitchen.“Saya suka makan dan selepas memeluk Islam, ada antara makanan kegemaran saya yang tidak lagi boleh dijamah kerana tidak halal.

“Menerusi program ini saya menampilkan hidangan yang diolah resipinya menggunakan ramuan halal. Saya harap program ini memberi inspirasi kepada penonton dalam mempelbagaikan sajian mereka,” katanya.Michael juga baru selesai mengarah drama bersiri, Setelah Terlafaznya Akad, lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply