Bagaimana Cara Untuk Si Isteri Tunjuk Rasa Homat Pada Si Suami

0
315

Sebagai seorang isteri, adalah sangat penting menunjukkan rasa hormat pada suami. Setinggi mana pun pangkat dan darjat seorang isteri, perlu ingat syurganya tetap pada sang suami.

Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci.

Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain.

Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa?

Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.

1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut

Tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.

2. Jangan sekali-kali menjerit.

Memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.

3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitif.

Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.

4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya.

InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.

5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa.

Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.

6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya.

Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.

7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa.

Untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.

8. Tanya pendapat.

Bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.

9. Jangan Buka Aib

Jika berhadapan dengan konflik mahupun masalah didalam rumahtangga, jangan sesekali membuka aib suami hatta dengan orang yang terdekat dengan kita.Hormati suami, jadilah isteri yang matang dan bijak,selesaikan segalanya dengan cara terbaik.

10. Utamakan Suami Dalam Segala Perkara

Taat dan patuhi perintah suami selagi tidak bertentangan dengan agama.Contohnya meminta izin sebelum pergi kemana-mana, menutup aurat dan menjaga maruah sebagai seorang isteri.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Sumber : KK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: LimauManis