Isteri Jangan Pakai Baju Kelawar Je Bila Dengan Suami

Ramai pasangan mengharapkan perkahwinan yang mereka bina akan berkekalan hingga hujung nyawa. Mulut kat ya…hati kata tidak. Apa tidaknya, bila sahaja dugaan atau godaan datang di depan mata, segala janji dengan pasangan terus terbang bersama janji-janji sebelum ini

Namun, tak dinafikan kehidupan suami isteri sudah pasti ada pasang surutnya, sabar atau tidak sabar sahaja yang boleh membuatkan ikatan perkahwinan itu kekal dan kukuh. Paling penting, jangan sambut suami depan pintu dengan memakai baju kelawar 24 jam.

Jadi, baik isteri atau suami perlu menjadi penakluk kepada hubungan ini. Beberapa tip yang boleh anda praktik baik suami atau isteri yang dikongsi oleh Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).

Peranan Suami

  • Melindungi keluarga dan menyedia keperluan hidup.
  • Menyediakan pendidikan asas fardu ain.
  • Menguruskan rumah tangga dengan hikmah dan rahmah.
  • Mendidik akhlak isteri dengan penuh hikmah.
  • Menjaga anak isteri beribadah dan menjauhi maksiat.
  • Menyayangi isteri dan menghormati ibu bapa

Peranan Isteri

  • Mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan hadis.
  • Menguruskan kerja-kerja dalaman rumah tangga.
  • Menguruskan kecantikan diri untuk suami.
  • Membentuk akhlak anak-anak dengan penuh hikmah.
  • Menjaga kehormatan diri dan nama suami.
  • Menyayangi anak dan menghormati suami.

Tip Isteri Menakluki Suami

Hidup saling melengkapi. Pasangan anda adalah our other half yang memenuhi keperluan fitrah yang anda tidak miliki atau mampu lakukan. Sebab itu, tugas anda adalah mengisi keperluan pasangan dan ini pastinya membahagiakannya. Membahagiakan itu adalah kunci penakluk hati dan hubungan.

  1. Anda dipilih menjadi isterinya kerana anda cantik, jagalah kecantikan itu di depan suami.
  2. Fitrah suami sukakan wanita seksi, berkomunikasilah atau bergaullah dengan suami anda dengan komunikasi seksi.
  3. Godalah suami anda dengan memberi perhatian kepada tarikan dan hubungan seksual.
  4. Elakkan terlalu banyak minta dibelai, perhatian dan kat-kata kasih sayang kerana itu tidaklah begitu membahagiakan suami, malah kadangkala merimaskan. Sebaliknya, banyakkan melayan suami dengan cara yang menggoda dan seksi. Tapi untuk suai pula, banyakkan belaian perhatian dan kata-kata manis kasih sayang, sebab itu membahagiakan isteri.
  5. Berhias dan pakailah pakaian yang cantik dan menarik atau pakaian seksi bila bersama suami. Elakkan terbiasa memakai pakaian comot atau selekeh di rumah. Secara berjenaka, suami bahagia bila isteri lawa, bukannya isteri yang sepanjang masa dengan baju kelawar

Sumber: Mingguan Wanita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat