Isteri Sanggup Bermadu Demi ‘Payung Emas’ ? Adakah Benar ‘Payung Emas’ Wujud?

0
228

Bila bercakap tentang “payung emas” sudah pasti ia dituju buat isteri-isteri yang sanggup bermadu, kononnya jika sanggup bermadu dengan hari yang ikhlas dan redha, isteri tersebut mendapat “payung emas”. Sejauh mana kah kebenaran hadis ini? Adakah ianya benar ataupun direka sahaja semata-mata untuk memujuk si isteri bersetuju menerima perkahwinan suami kali yang ke dua?

Setiap wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain, apatah lagi bila memikirkan wanita lain akan memiliki suaminya yang tercinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Susah untuk seorang isteri menerimanya dengan ikhlas dan redha walaupun bersetuju untuk dimadukan. Kebanyakkan suami akan memberi alasan bahawa jika isteri mengikut arahan dan menerima poligami dengan hati terbuka dan redha, maka isterinya mendapat ganjaran “payung emas” di akhirat kelak. Sejauh mana kebenaan hadis ini?

Namun, perkongsian oleh penceramah bebas, Wan Dazrin Wan Din, mungkin boleh membuka mata kononnya si isteri akan memperoleh ‘payung emas’ jika mereka rela dimadukan.

“Tak ada hadis, ayat al-Quran atau nas untuk isteri setuju poligami, lagi-lagi yang payung emas tu, tapi itulah yang tersebar dalam masyarakat kita.

“Ia (payung emas) hadis palsu, langsung tak benar, tak ada rujukan atau sumber dan tidak diketahui asal-usulnya,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Wan Dazrin, ungkapan ‘payung emas’ muncul mungkin disebabkan kiasan ulama tentang ganjaran atau perlindungan di akhirat apabila mengamalkan poligami.

“Mungkin kiasan para ulama dahulu untuk mengimarahkan golongan isteri bahawa ada ganjaran besar kalau setuju untuk berpoligami,” katanya.

Wan Dazrin berkata, disebabkan poligami adalah amalan Nabi Muhammad SAW, mana-mana lelaki yang mengikut sunnahnya akan mendapat lebih ganjaran.

Bagaimanapun katanya, dalam berpoligami kaum lelaki wajib berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya, seperti mana yang terdapat dalam surah An-Nisa ayat 3.

Bagaimanapun seorang suami seharusnya berfikir sebaik-baiknya jika mahu berkahwin lebih dari seorang isteri, mampukah anda berlaku adil? jika benar anda mampu dan isteri anda menerimanya dengan hati yang ikhlas, maka hidup anda akan bahagia dan aman. Bagaimana pula jika perkahwinan anda itu tidak adil dan tidak mendapat persetujuan isteri pertama? Pasti saja perkahwinan anda akan kucar kacir dan tidak bahagia, ungkit mengungkit akan berlaku. Jadi sebaiknya anda buatlah keputusan dengan bijak, jangan hanya bab kahwin saja ikut sunnah nabi, tetapi sunnah-sunnah lain diabaikan ya!

Video:

Sumber: Kifarahmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo