Isu Baitulmaqdis. Komen Faizal Tahir Tampak SEMPOI Je Tapi Rupa-rupanya…..

0
143

Isu Baitulmaqdis. Komen Faizal Tahir Tampak Je Tapi Rupa-rupanya….. | Saya Luv Islam – Isu Baitulmaqdis bukan sahaja heboh di media sosial, tetapi juga di khutbah Jumaat masjid-masjid seluruh negara. Ini pula komen Faizal Tahir. Tampak sempoi je tapi siapa sangka rupa-rupanya…

PERNAH JADI ARTIS DUTA PALESTIN DI MALAYSIA

Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.

Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.

KOMEN DI TWITTER

“Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.

“Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump.” tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.

Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.

Sumber: sayaluvislam

 

Sumber: CiteDunia