Jaga-Jaga… Jangan Makan Sebelum Basuh..

0
70

Pernah tak anda terserempak dengan spesies manusia yang suka mencuba buah terutama anggur sebelum dibeli ketika di pasar raya? Tanpa dibasuh terlebih dahulu, sekadar lap-lap sahaja, lalu terus ‘ngap’. Kadang-kadang, dengan anaknya disuap sekali.

Foto: sobadsogood.com

Ibu kepada dua anak ini, Anna Gilmour, 39, menderita penyakit tropika yang jarang-jarang berlaku iaitu kanser usus akibat tabiat memakan buah tanpa dibasuh terlebih dahulu.  

Bermula dengan penurunan berat badan dan cirit birit teruk, dia didiagnos dengan penyakit Giardiasis iaitu jangkitan kuman di perut, namun berakhir dengan kanser usus yang serius. Kejadian itu disedari selepas najisnya kelihatan tidak normal seperti biasa.

Keadaannya bertambah teruk apabila dia tidak boleh makan apa-apa kecuali bubur kosong, jika tidak beliau akan mengalami kesakitan bahagian bawah badan dan cirit-birit yang melampau. Dia juga mengalami pendarahan ketika membuang air besar. 

Selepas lebih dua tahun menjalani rawatan kimoterapi dan pembedahan, Anna kini sudah sembuh hasil daripada tindakan pantasnya mendapatkan rawatan sebaik menyedari kewujudan simptom penyakitnya itu.

Foto: Dailymail.co.uk

Nampak macam remeh, tapi buah-buahan dan sayur-sayuran yang tak dibasuh dengan bersih boleh mengundang penyakit Giardiasis dan lebih teruk, ia boleh menular menjadi kanser yang boleh menyebabkan kematian. 

Bahaya betul kan, entah berapa banyak racun serangga pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan setiap hari kalau diabaikan aspek kebersihannya. – CARI 

Video:

Sumber: cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo