Kajian! Suka Tahan Kencing Boleh Bawa Maut?

0
182

Dalam kehidupan yang sibuk kita lazim mengutamakan pekerjaan daripada keperluan diri sendiri. Seperti tabiat membuang air umpamanya, ramai boleh dikatakan sanggup menahan kencing semata-mata mahu menyelesaikan kerja dan dalam keadaan lain, mungkin malas untuk berjalan ke tandas. Nah, padahnya ia mungkin membawa maut tahu?

Kita sering dengar cakap-cakap orang yang mengatakan penyakit batu karang adalah disebabkan tabiat yang gemar menahan kencing. Apakah ia benar?

PUNCA PENYAKIT BATU KARANG?

Untuk pengetahuan umum, Batu Karang berpunca daripada kekurangan air dalam tubuhdan bukanlah kerana selalu menahan kencing. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing (dari sekitar buah pinggang hingga ke bahagian pundi) dan amat menyakitkan. Dalam keadaan lain, sejarah keluarga serta pengambilan makananseperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan juga boleh menjadi faktor Batu Karang.

TABIAT MENAHAN KENCING

Menahan kecing sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika boleh sila elakan. Ini kerana, ia mampu memberi efek jangka masa panjang termasuklah jangkitan kuman pada pundi dan buah pinggang.

Tonton Video Penerangan Jika Seseorang Sering Menahan Kencing Terlalu Lama

Menahan kencing juga akan membuatkan otot pundi lemah dan apabila ia sudah ditahan terlalu lama, air kencing itu akan kekal berada di dalam perut membuatkan seseorang tidak lawas kencing dan sukar membuang air kecil (urinary retention) lalu menjadikan perut tidak selesa.

RISIKO SUKAR MENGAWAL KENCING BILA SEMAKIN BERUMUR

Dalam keadaan jika semasa muda seseorang itu suka menahan kecing, apabila tua kelak individu itu akan mudah terkencing ketika batuk, bersin, melompat dan ketika melakukan pelbagai aktiviti harian yang lain.

PUNDI KENCING BOLEH MELETUP

Dalam sebuah kes yang pernah terjadi kepada seorang tokoh astronomi ternama abad ke-16bernama Tycho Brahe. Beliau maut selepas menahan kencing terlalu lama.

Menurut cerita saksi, pada mulanya Tycho cuba menahan kencing ketika sedang berlangsungnya majlis makan malam kerana takut melanggar etika majlis formal jika beliau ke tandas. Sebaik tiba di rumahnya, beliau cuba membuang air tetapi tidak boleh. Beberapa jam selepas itu, dia mati dan pundi kencingnya disahkan sudah meletup.

JANGKITAN KUMAN PUNCA KEROSAKAN FUNGSI PUNDI & BUAH PINGGANG

Tabiat menahan kencing akan meningkatkan risiko tubuh untuk terdedah dengan kuman yang bakal menyerang pundi serta fungsi buah pinggang dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).

Oleh itu dinasihatkan supaya anda semua sentiasa berhati-hati dan sebaik terasa mahu buang air kecil teruslah menuju ke tandas sebelum perkara buruk berlaku pada diri.

Selain jantung, buah pinggang adalah antara organ terpenting dalam tubuh untuk mengekalkan fungsi tubuh pada tahap normal dan sejahtera.

Semoga mendapat pengajaran! ❤️

Sumber: tazkirahUstazKazim