Kalau Dulu Pergi Majlis Kahwin Dapat Bunga Telur , Sekarang Roti Gardenia. Memang Rare Betul Ni!

Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak dapat ‘buah tangan’ dari majlis tersebut. Kalau dulu-dulu, tuan rumah akan kasi bunga telur.

Tetapi sejajar dengan peredaran zaman, pemberian cenderahati pada tetamu yang hadir berubah-ubah ikut situasi dan juga kemampuan tuan rumah.

Baru-baru ini seorang pelakon Zulkifli Ismail menerusi laman instagramnya berkongsi kisah dia menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya.

Dalam majlis tersebut, dia diberikan roto Gardenia sebelum pulang. Wah, sungguh rare kan cenderahati yang disediakan. Belum ada yang berbuat demikian ni. Selain menjimatkan, roti ini juga boleh dimakan.

Para pengikut aktor ini turut memberi komen positif tak kurang ada yang menyatakan boleh cuba idea tersebut untuk majlis mereka:

anasya717@littlemissmokhtar : haha rare 😜

shemasakura : Orang akan makan roti jadi tak membazir heheheh

teyn_athirah : kita wat cm ni jgk la nnti hihihi 

@itikmadu123ainnurhafizah@mizaamahadi : wahhhhh, good idea hehe

nadhirah.osman@nadiah.osman : buat mcm ni senang. Xyah pikir nak packing bagai. Haha

Memang bagus cara ini, tak lah membazir kan. Bakal pengantin yang tercari-cari  nak bagi apa untuk tetamu nanti, boleh cuba idea ini.

Sumber: IG aktorzulkifli via Keluarga via Hudamir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat