‘Kau, Aku, Kita Try, Nak?’ – Kahwin BFF Sendiri Tapi Pengakhiran Cerita Ini Menyentuh Hati Netizen

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai kisah cinta mereka sendiri. Ada yang kenal pasangan mereka menerusi rakan, keluarga mahupun sosial media. Betul tak?

Menerusi Twitter Hani Farisha, gadis itu kongsi kisah cinta ayah dan ibunya yang pada asalnya masing-masing mempunyai pasangan pilihan hati di sekolah. Namun, kuasa Allah mereka telah disatukan. Wow macam dalam drama!

Menurut gadis tersebut, ibu dan ayahnya berkahwin pada usia 21 tahun. Mereka merupakan kawan baik pada mulanya.

Sewaktu di sekolah, ramai pelajar lelaki meminati ibunya kerana mempunyai rupa paras yang cantik. Ibunya merupakan pelajar kelas hadapan manakala ayahnya pula kelas belakang. Pada masa itu, mereka sudah mengenali antara satu sama lain, cuma mereka tidak pernah bersembang.

Pak cik Sudin atau nama panggilannya pak cik begok merupakan individu yang memperkenalkan ayah kepada ibunya. Ayah ketika itu merupakan seorang yang pemalu dan kurang bercakap.

Sewaktu perkenalan dengan ibu, ayah sudah mempunyai kekasih hati. Ayah rapat dengan ibu untuk meminta pendapat mengenai hubungannya. Sampai tengok wayang dengan kekasih pun ayah ajak ibu teman.

Ayah pernah hantar rombongan meminang ke rumah kekasihnya, namun pinangan tersebut ditolak kerana kekasih ayah pada ketika itu belum bersedia. Ibu pula marah dengan tindakan gadis tersebut sebab ayah sudah berusaha bersunguh-sungguh hantar pinangan tersebut.

Kecewa pinangan ditolak, ayah terus rapat dengan ibu. Hampir setiap hari ayah akan membeli lunch untuk ibu. Walaupun terlibat dalam kemalangan, ayah tidak pernah tinggal untuk hantar lauk buat ibu.

Nenek memberitahu ibu bahawa ayah sudah hantar rombongan meminang. Sejak dari itu, atok dan nenek suruh ibu pergi kerja dengan ayah.

Ayah dan ibu selamat mendirikan rumahtangga. Mereka sering melancong ke pelbagai tempat menarik bersama. Namun, pada tahun 2017, ibu terlibat dalam kemalangan lalu meninggal dunia. Ibu meninggalkan ayah dan enam orang anaknya buat selama-lamanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply