Kecoh! ‘Kaki story’ terakam ‘cik ponti’ jam 4 pagi tular di internet.

KEBANYAKAN kita percaya sy4itan mahupun mahkluk halus diikat sepanjang bulan Ramadan.

Namun begitu tular satu video penampakan, kononnya ponti4nak di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai dekat Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Perkongsian video Azizi Aziz berdurasi tujuh saat di Twitter memaparkan entiti m1steri berambut panjang dengan wajah berwarna putih berdiri di sebalik tiang di luar koridor rumah penghuni flat terbabit.

Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila diulang kicau (retweet) lebih 23,000 kali dan mendapat kira-kira 14,000 tanda suka.

Azizi Aziz ketika dihubungi mStar memberitahu video tersebut sebenarnya diambil daripada seorang rakannya yang dikenali sebagai Jiqa.

Posting Azizi Aziz menjadi tular di Twitter.

Menurut Jiqa, video tersebut dirakam oleh seorang rakan baiknya pada 19 Mei lalu sewaktu pulang dari kerja sekitar pukul 4 pagi.

“Kawan saya ni memang kaki story. Tak kira masa suka buat story dekat WhatsApp. Video tu dia ambil secara spontan ketika pulang kerja Grab Food awal pagi.

“Dia ni jenis alert. Dia terkejut bila perasan ada sesuatu yang pelik. Tak lama lepas tu dia WhatsApp video tu dekat grup sekolah menengah kami untuk tanya kepastian kawan-kawan,” katanya.

Jiqa yang duduk di kawasan flat yang sama dengan kawan baiknya itu turut tidak sedap hati melihat video tersebut.

Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.

JIQA.

Penghuni Flat PPR.

“Saya memang meremang bulu roma tengok video tu. Lepas tu ada kawan kami nama Alip cakap penampakan tu memang makhluk halus.

“Alip tu budak silat. Jadi dia kata benda-benda macam tu biasa. Ji1n dan benda-benda yang dibela tak diikat. Lagipun orang-orang flat pernah cakap ada yang membela,” katanya.

Jelas gadis berusia 21 tahun itu, flat didiaminya bersama keluarga lebih 10 tahun itu memang dikenali sebagai kawasan keras.

Mesej perbualan kawan-kawan Jiqa mengenai penampakan entiti m1steri itu dalam grup Whatsapp mereka.

“Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.

“Paling menyer4mkan ada penghuni lepas solat Subuh pusing kawasan perumahan kemudian jumpa duit berciciran. Ini mereka syak angkara toy0l,” katanya.

Bagaimanapun penuntut di sebuah universiti swasta di Shah Alam itu menarik nafas lega kerana tidak pernah terserempak dengan entiti m1steri setakat ini.

“Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah jumpa lagi. Minta-minta dijauhkan. Tapi tiga entiti m1steri… pontianak, pocong dan toyol memang famous dekat sini.

“Ramai cakap ada orang bela benda tu. Itu yang bersepah dekat sini. Tapi saya tak pasti benda tu betul ke tak tapi ramai penduduk sini cakap macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian video berkenaan turut menerima maklum balas berbeza dalam kalangan netizen.

Malah ada individu yang turut mempersoalkan kesahihan video tersebut.

“Macam prank je ni. Macam video kertas buaya tu. Itulah dia rakam tak habis nanti kantoi. Maybelah,” tulis Yusof Arsad.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aduhh dia boleh pulak main sorok-sorok kat belakang tu… nasib baik tak tercampak handphone, mengucap panjang min😭😩 Sumber video Twitter #mstaronline #kongsinikmat #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply