Kesihatan: 5 Fakta Menarik Mengenai Kolesterol

0
158

Apabila mendengar perkataan kolesterol, sudah pasti kita akan kaitkannya dengan serang jantung. Benar, kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan boleh menyebabkan saluran darah mengecil dan seterusnya mendedahkan kepada risiko serangan jantung.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya berkaitan kolesterol itu tidak elok. Mari ketahui beberapa fakta menarik mengenai kolesterol.

1. Kolesterol diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan – Enzim akan menukar kolesterol kepada vitamin D, hormon steroid dan juga diperlukan untuk perkuhuman lemak. Kolesterol merupakan elemen utama membran yang mengelilingi dan membentuk sel. Badan manusia mempunyai kemampuan untuk mengetahui berapa banyak sel yang diperlukan oleh tubuh badan.

makanan sihat 739

Apabila anda makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, tubuh anda akan menghasilkan kolesterol dalam kuantiti yang sedikit dan begitu juga sebaliknya. Secara purata, tubuh badan manusia menghasilkan 85% kolesterol yang diperlukan selebihnya diperolehi melalui makanan yang dimakan.

2. Otak manusia mengandungi peratusan yang tinggi dengan kolesterol – Kira-kira suku daripada jumlah kolesterol yang ada pada badan kita – 20% lapisan yang melindungi sel saraf dan serat terdiri daripada kolesterol dan fungsi neuron bergantung padanya. Maka tidak hairanlah kajian yang telah dilakukan menemui kaitan antara kadar kolesterol yang rendah dengan prestasi sistem kognitif yang rendah.

3. Kolesterol LDL membantu membaiki saluran darah – Pendedahan kepada bahan kimia, pathogen  dan bahan radikal bebas boleh menghakis saluran darah dalam tubuh badan. Apabila ini terjadi, buah pinggang akan menghantara kolesterol LDL ini pada saluran darah yang menipis untuk membaikinya.

4. Orang yang memiliki kadar kolesterol yang “normal” juga terdedah kepada serangan jantung – Benar, hampir separuh daripada serangan jantung adalah pada mereka yang memiliki kadar kolesterol yang normal. Untuk membendung serangan jantung, apa yang perlu anda perhatikan sebenarnya adalah ratio antara triglyceride dan koleterol HDL.

serangan jantung

5. Kadar kolesterol boleh berubah-ubah – Betul, anda boleh memiliki kadar kolesterol yang berubah-ubah pada setiap waktu dalam sehari. Sebagai contoh, kadar kolesterol pada waktu pagi mungkin lebih tinggi atau rendah berbanding pada waktu malam. Keadaan cuaca seperti musim sejuk atau panas juga boleh menyebabkan perubahan kadar kolesterol dalam tubuh badan.

Kredit: Dr Sinatra

Sumber: Iluminasi