Ketahui Perbezaan Antara Mahram, Muhrim Dan Ajnabi

0
169

Terdapat 3 istilah yang sering disalahgunakan oleh masyarakat kita, sama ada dalam penulisan, mahupun semasa berkomunikasi. Dengan itu, ada beberapa definisi yang ingin saya berikan agar pembaca dapat rungkaikan perbezaan maksud antara 3 istilah ini. Istilah-istilah tersebut ialah, ajnabi, mahram dan muhrim

Mahram

Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)Begitu juga dengan lelaki.

Contohnya : Mahram kita(perempuan) ialah – Bapa kandung,bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa – lihat di 

Ajnabi (Bukan mahram)

Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..maksudnya ….. AJNABI = BUKAN MAHRAMSenang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.MuhrimMuhrim pula bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

Seringkali kita lihat orang tersilap menggunakan isitilah antara mahram dan muhrim ini. Dengan definisi yang diberikan, saya berharap agar selepas ini kita lebih berhati-hati dalam berbicara dan menulis. Bukan sekadar menulis sewenang-wenangnya. 

Sumber asal: madah-tazkirah

Sumber: IslamikInfo