Khas Untuk Korang Yang Simpan Teddy Bear Besar Dalam Rumah, Wajib Baca Ni !

Sumber dari Facebook Dr Taufiq Razif

Korang masih simpan lagi tak teddy bear besar dalam rumah??Sebaiknya jangan simpan sebarang anak patung dalam rumah okay.. nak tahu kenapa, korang baca perkongsian kat bawah ni :

Perkongsian oleh Dr Taufiq Razif ini boleh diambil iktibar oleh ibu-bapa. Jangan ambil mudah perkara ini kerana hampir kebanyakan dari kita memiliki anak patung di rumah. ” Eh Kenapa Solahuddin Terjaga Sambil Tunjuk Ke Atas Siling ni? ”

Benda ni baru je terjadi semalam. Anak kedua saya ni tiba-tiba je terjaga di tengah malam sambil tangan dia tunjuk ke atas.

Saya yang terjaga terus lihat ke siling yang anak saya duk tunjuk tu. Kosong! Takde ape pun! Tiba-tiba je anak saya menangis!

Ya Allah. Ni mesti kerja Ummu Sibyan ni! Sejenis syaitan yang disebutkan dalam Hadis sebagai jin yang suka ganggu kanak-kanak.

Terus saya palingkan anak saya ke dada saya dan saya tepuk-tepuk punggung anak saya untuk bagi “shock & distract” pada anak saya yang tengah fokus memandang ke atas.

Sambil tepuk tepuk anak saya saya bacakan secara kuat Surah Al Fatihah dan juga Ayat Kursi. Tiba-tiba je tangisan anak saya tu berhenti dan anak saya tu lena sampai ke pagi.

Lepas anak saya tu tidur terus saya bagitahu isteri saya. Rupa-rupanya isteri saya tak matikan radio. Duk pasang lagu entah apa-apa. Patut la benda tak elok masuk ke rumah. Aduh! Saya check juga ada tak anak patung yang mungkin tak sengaja dipamerkan atau dimuliakan.

khas untuk korang yang simpan teddy bear besar dalam rumah, wajib baca ni !

Kenapa?

1. Anak patung ni hukumnya HARUS pada anak-anak yang belum baligh je. Tak kisah la patung teddy bear ke Batman ke Spiderman ke.

2. Kalau patung untuk anak pun sebaiknya jangan diletakkan di atas meja, digantung di tempat tinggi ataupun dipamerkan di dalam almari. Jangan! Sebab ianya dikira memuliakan patung.

3. Kalau nak juga simpan anak patung, letak je di bawah katil, di kaki ataupun di lantai. Lebih selamat.

4. Patung ni membuatkan malaikat rahmat tak masuk dalam rumah. Jadi agak-agak benda apa yang masuk kalau malaikat rahmat taknak masuk?

Sumber: Rencah Rasa