Kucing Adalah Haiwan Kesayangan Rasulullah SAW

0
600

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah SAW suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan serperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Rasulullah SAW mahu menjambil jubahnya dan Mueeza sedang tidu di atasnya. Rasulullah SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menggangu Mueeza. Selepas Rasulullah SAW pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada Rasulullah SAW. Sebagai balasan, Rasulullah SAW menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lebut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW menekakan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.

Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing itu suci dan tidak pula najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing ditutupi dengan bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan itu bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

Sedangkan lidah kucing itu sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu yang mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.

Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.

Disamping itu, dilakukan juga penamaan bakteria pada bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bateria itu ada, maka kucing akan sakit.

Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bateria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain)

Kucing juga sangan menjaga kestabilan suhu badannya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria ppada tubuh kucing.

Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara seluruhannya. Ia lebih bersih daripada manusia.

Kucing merupakan binatan peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.

Di sini kita dapat menilai mengapa Rasulullah SAW sangat sayangkan kucing dan menyatakan bahawa kucing itu suci dan tidak najis. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran seharusnya menjaga dan memelihara persekitaran agar sentiasa bersih dan selesa untuk menjalakan kehidupan seharian.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Alraudhah