Pancake Tanpa Tepung. Unik & Harus Cuba, Sebab Mudah Sangat Nak Buatnya!

0
186

Pancake pisang menjadi salah satu makanan yang tidak hanya enak dan lazat dimakan malah menyihatkan serta kaya khasiat. Bahkan menyediakan menu nan satu ini juga memang cukup mudah,  namun tak semua antara kita pakar menyediakannya.

Terkadang bancuhan  pancake menjadi terlalu cair dan ada juga terlalu pekat. Namun dengan resipi ini, siapapun dijamin akan berjaya menyediakan pankace yang sempurna dan enak.

Perkongsian daripada Yanie Rosdi di akaun facebooknya, diharap  dapat memberi idea untuk dihidang kepada keluarga dan dalam masa yang sama menjadikan anda seperti seorang master chef dalam menyediakan menu pankace ini. Selamat mencuba.

RESEPI RINGKAS PANCAKE PISANG TANPA TEPUNG

Cuti sekolah ni takde idea boleh cuba resepi ringkas ni.

Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ni. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.

Bahan-bahan :

3 biji pisang

2 biji telur

Satu sudu madu

Langkah 1 : Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.

Langakh 2 : Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.

Langkah 3 : Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.

Selamat mencuba.

sumber : Yanie Rosdi

Sumber: Keluarga