Tahniah Raja Ilya Dan TWG Sah Bergelar Suami Isteri

Katanya, perkenalan dengan bakal suami sejak 2012 itu dimeterai dengan lamaran romantis berserta puisi nukilan kekasihnya ketika lelaki berkenaan berkunjung ke ibu negara, kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya terkejut apabila pada pertemuan itu dia membacakan sajak ditulis khas untuk saya. Bayangkan, tanpa memberi sebarang petanda, si dia meluahkan perasaan hati mahu menjadikan saya sebagai isterinya.

“Sudah tentu saya terus memberikan persetujuan kerana dapat berasakan keikhlasannya sepanjang persahabatan kami, selain keperibadiannya yang menawan hati.

“Masing-masing pun sudah cukup matang, malah dia sendiri sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih sehinggalah bertemu saya,” katanya yang mengenali lelaki terbabit ketika bertugas sebagai pramugari

Pelakon Raja Ilya mengumumkan bakal berkahwin dengan usahawan kelahiran Australia yang diperkenalkan sebagai TWG.

Berita gembira itu dikongsi Ilya menerusi rakaman video di akaun Instagram (IG)nya semalam.

Ilya menerangkan kepada pengikutnya bahawa jemputan untuk majlis perkahwinannya hanya buat keluarga rapat sahaja

Difahamkan pelakon itu telah selamat bernikah pada petang semalam (Ahad).

Kapsyen Ig : 

This is truly a dream come true, in 7hrs ill be marrying the man who my soul loves ,as you know life has not been easy for me ,experiencing many challenges over the years . But today I thank God that dreams do come true , I found the man who loves me for who I am .I am so overwhelmed with excitement and my heart full with joy ,Thank you for all your prayers ,support ,encouragement in recent times . I am looking forward to sharing our special moments with you guys . #wedding#rajailya #twg #perth #australia

VIDEO :

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada beliau

Sumber : Ig rajailya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat