Raja Ilya langsung perkahwinan di Perth, Australia

KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Ilya, 33, mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki Australia pada November tahun depan.

Katanya, perkenalan dengan bakal suami sejak 2012 itu dimeterai dengan lamaran romantis berserta puisi nukilan kekasihnya ketika lelaki berkenaan berkunjung ke ibu negara, kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya terkejut apabila pada pertemuan itu dia membacakan sajak ditulis khas untuk saya. Bayangkan, tanpa memberi sebarang petanda, si dia meluahkan perasaan hati mahu menjadikan saya sebagai isterinya.

“Sudah tentu saya terus memberikan persetujuan kerana dapat berasakan keikhlasannya sepanjang persahabatan kami, selain keperibadiannya yang menawan hati.

“Masing-masing pun sudah cukup matang, malah dia sendiri sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih sehinggalah bertemu saya,” katanya yang mengenali lelaki terbabit ketika bertugas sebagai pramugari.

Akui pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu, bakal suaminya adalah ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.

Kongsi pelakon Soulmate Hingga Jannah itu lagi, selain melangsungkan pernikahan di sini, sebuah lagi majlis resepsi dirancang diadakan sama ada di Melbourne atau Perth.

“Setakat ini, hasil perbincangan bersama kedua-dua keluarga, kami merancang mengadakan majlis di ibu kota dan di Australia.

“Sebenarnya, ibunya sudah berjumpa keluarga saya, beberapa bulan lalu, malah emak saya juga sangat menyenangi budi bahasa kekasih saya itu sejak mereka diperkenalkan buat kali pertama,” katanya.

Menerusi sebuah rakaman video di Instagramnya beberapa jam lalu, Raja Ilya, 33, memberitahu majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekatnya sahaja.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyatakan waktu sebenar majlis perkahwinannya akan berlangsung.

“Sekarang saya berada di Perth dan esok adalah hari paling bermakna buat saya. Saya akan berkahwin di sini.

“Kepada sesiapa yang saya tidak jemput, minta maaf kerana majlis ini dilakukan secara sederhana sahaja. Insya-Allah, akan ada sebuah majlis lain pada tahun depan. Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan mendoakan kebahagiaan saya,” katanya.

Dalam rakaman video berdurasi seminit tersebut, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad  itu sempat menunjukkan lokasi dan konsep majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung iaitu di sebuah taman.

Terdahulu, pada 1 November lalu Raja Ilya mengumumkan telah menerima lamaran daripada kekasihnya dengan berkongsi sekeping gambar dia menyarung sebentuk cincin bertatahkan berlian pada jari manisnya.

Raja Ilya dan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun mula berkenalan sejak tahun 2012. – K! ONLINE

Satu lagi khabar gembira untuk dikongsi buat para peminat. Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad telah memuat naik gambar cincin di Instagram sebagai tanda bahawa dia kini menjadi tunang kepada seorang jejaka yang bertuah.

Berkenalan ketika di awan biru, mungkin kisah cinta pelakon Raya Ilya ini kedengaran agak biasa, namun berkongsi bagaimana hubungan sebagai rakan alam maya itu berubah kepada kekasih bukan berlaku dalam tempoh yang singkat.

“Saya berkenalan dengan TWG (nama tunang) ketika bekerja sebagai pramugari. Ketika turun daripada satu penerbangan, dia meninggalkan nombor telefon dan nama akaun Facebook miliknya kepada saya.

“Selepas seketika saya cuba menghubunginya, namun hubungan kami tidak akrab kerana tidak ada keserasian. Malah pesanan yang ditinggalkan dalam laman sosialnya juga hanya dibalas beberapa bulan selepas itu.

“Bagaimanapun peluang berkongsi masalah sebagai rakan saya gunakan sebaik mungkin memandangkan dia adalah seorang yang matang dalam memberikan nasihat, malah selama berkawan selama enam tahun juga dia tahu pelbagai kisah cinta saya sebelum ini,” katanya bercerita secara terperinci.

Walaupun perkenalan mereka berlangsung selama enam tahun, namun kata Raja Ilya, bibit-bibit percintaan hanya berputik pada tahun ini.

Kongsi Raja Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, dia juga sebenarnya tidak menyangka ahli perniagaan yang dianggap sebagai rakan biasa itu mengikuti perkembangan hidupnya selama ini.

“Bayangkan sepanjang enam tahun itu kami hanya berjumpa dua kali sahaja. Kami banyak berkongsi kisah kehidupan masing-masing melalui panggilan video sahaja. Sebab saya dan dia agak sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Sekitar Julai lalu, saya sempat menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepadanya melalui panggilan video malah dia turut menunjukkan video tersebut kepada keluarganya.

“Selepas menonton video tersebut, dia buat keputusan untuk meneruskan hubungan ini memasuki fasa berbeza. Kongsinya kepada saya, melalui video itu dia dapat lihat saya kini adalah seorang yang berbeza dan yakin sudah lebih matang,” katanya.

Kedatangan TWG pada Oktober lalu secara mengejut juga tanpa disangka menjadi petanda bahawa hubungan mereka diteruskan memasuki fasa paling dinanti-nantikan.

Kata Raja Ilya, pada mulanya kehadiran buah hatinya itu hanya untuk bertemu dan berkenalan dengan keluarganya, namun tanpa disangka-sangka berakhir dengan majlis pertunangan.

“Kami bertunang pada 23 Oktober lalu di Langkawi, selepas dia menyatakan niat untuk memperisteri saya ketika saya membawanya bertemu dengan keluarga,” katanya.

Tidak tergesa-gesa

Bercakap mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 23 Disember, kata Raja Ilya, dia dan TWG sepakat untuk mengadakan majlis bersejarah itu di tanah kelahiran tunangnya.

“Kami buat keputusan untuk bernikah di rumah ibunya yang terletak di Perth. Majlis itu hanya akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

“Memandangkan saya di Malaysia, maka semua persiapan untuk majlis perkahwinan itu dilakukan oleh bakal suami dan keluarganya sahaja,” katanya lagi.

Tidak melihat keputusan untuk berkahwin dilakukan tergesa-gesa hanya selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, bagi Raja Ilya yang penting adalah kesediaan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

“Soal tergesa-gesa membuat keputusan rasanya tidak. Memang pada mulanya saya dan dia melihat tempoh dua tahun adalah waktu yang sesuai berkahwin.

“Namun selepas berbincang dia mahu mempercepat majlis pernikahan dan kami tiada masalah untuk itu kerana masing-masing sudah stabil,” katanya.

Turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Perth pada tahun depan, kata pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini, selepas melihat jemputan tetamu bakal suaminya itu melebihi 1,000 orang, dia tidak kisah sekiranya resepsi perkahwinan juga berlangsung di sana sahaja.

“Selepas majlis pernikahan saya akan berada di Perth untuk menghabiskan penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang kebetulan mengadakan penggambaran di sana.

“Dalam tempoh itu juga saya akan merancang majlis resepsi bersama-sama bakal suami.

“Saya juga akan membuat majlis resepsi kedua di Malaysia cuma majlis untuk dua tarikh ini masih belum dapat dipastikan,” tambahnya.

Sokong teruskan kerjaya

Cukup bersyukur kerana mempunyai seorang bakal suami yang sangat terbuka, kata Raja Ilya, tidak sekadar menyokong impiannya dalam bidang ini, bakal suaminya itu juga akan mengikutnya ke Amerika Syarikat (AS) dalam usaha untuk melebarkan bakat lakonannya di sana.

“Dia tidak ada masalah untuk saya berulang alik dari Malaysia ke Australia dalam melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon, malah dia juga mahu bakat lakonan saya ini dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

“Selain itu, saya juga akan meminta taraf penduduk tetap di Australia dalam memudahkan urusan keluarga baharu saya kelak,” katanya lagi.

Walaupun sedar gelaran yang bakal dibawanya kelak berat dengan tanggungjawab, namun bagi Raja Ilya, ketika ini dia masih mahu cuba mengimbanginya dengan kerjaya lakonan yang cukup rancak kini.

“Tahun 2019 sebenarnya memang sudah padat dengan aktiviti lakonan. Tetapi bukan sahaja saya yang akan sibuk di set penggambaran, bakal suami juga sibuk dengan urusan perniagaannya.

“Soal bulan madu dan sebagainya memang tidak sempat difikirkan lagi, kami utamakan yang penting dahulu,” katanya.

Raja Ilya kini sibuk dengan penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang bakal ditayangkan di saluran Unifi TV pada pertengahan Mac tahun hadapan.

Merupakan kesinambungan drama Syurgaku Tak Sempurna, selain Raja Ilya, pelakon lain yang turut menjayakan drama terbitan DarkWave Pictures Sdn. Bhd. itu adalah Shah Iskandar, Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.

Raja Ilya Ucap Terima Kasih Atas Doa

Dalam muatnaik tersebut, Ilya juga telah mengatakan ‘Ya’ di atas lamaran yang diterima serta turut mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa daripada peminat, rakan media dan juga selebriti yang dikenalinya. Terdahulu, Ilya telah mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia pada November tahun depan.

Peminat Banjiri Dengan Ucapan Tahniah

Sejurus memuat naik gambar tersebut, peminat-peminat turut membanjiri ruangan komen pelakon itu dengan ucapan tahniah serta turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

@muhd_hasraf : Wahh congrate kak

@suraya_rasidin : Congrats Darlingg

@tiz.zaqyah : Darling! Congratulations beautiful

@reenafranciz : Congratulations

Rasanya ramai yang ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah berkenaan bukan? Kami pasti Ilya akan kongsikan tidak lama lagi. Tahniah diucapkan!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Gengjoyah via Beritaharianonline via utusanonline