Resepi Untuk Membuat Kuih Kaswi yang Lembut Dan Sedap..

0
1383

Dulu saya ingatkan kuih kaswi dan kuih kasui berbeza , tapi rupanya sama.Cuma di tempt saya ,kuih kaswi berbentuk empat segi yang dipotong kecil manakala kuih kasui pula kecil-kecil dalam adunan lompang.

Tapi dua-duanya sama dan disalut dengan kelap muda yang menambahkn lagi kesedapan kuih.

Antara tips kuih kaswi untuk dapatkan permukaan yang cantik adalah anda perlu alas / tutup permukaan pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik ke permukaaan kuih yang sedang dikukus.

Kuih kaswi memang tak lari penggunaan kapur makan dalam resepinya.Bukan kapur barus ya.Tapi elakkan penggunaanbm yang terlebih sebab bolehkan kuih kaswi menjadi pahit.

Apa fungsi nya ?

Kapur makan untuk bantu adunan kuih kaswi tadi menjadi likat dan kental.Barulah tak lembik kuihnya melekat pada loyang pengukus kan.

Kami nak kongsikan resepi kuih kaswi atau kuih kasui ini daripada Puan Ija Honey.Nampak sangat lembut dan bergoyang-goyang kesedapan.

Salah satu cara nak menambah lagi kesedapan kuih ni adalah dengan cara gunakan kelapa parut yang muda.Barulah lemak manis kuihnya.]

Satu lagi tips untuk potong kuih kasui ini supaya kemas dan cantik adalah biarkan kuih betul-betul sejuk selepas dikukus dan potong menggunakan pisau plastik.Oleskan sedikit pisau dengan minyak dan barulah dipotong.Jangan angkat pisau dari jalur potongan supaya lurus.

Bahan-bahan untuk resepi  kuih kaswi :

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

3/4 cawan gula

1 cawan gula merah atau gula perang

5 cawan air

3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air

Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat

Cara-cara penyediaan kuih kaswi bergoyang ini :

#1: Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.Bila semua dah larut,tapis dan sejukkan.

#2: Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan -bahan yang lain.Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.

Jangan terlebih guna air kapur.Nanti kuih  akan rasa pahit dan juga keras.

#3: Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

#4: Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.

#5: Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka tak letak apa-apa sebab kuih nya dah cukup manis.

Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: limaumanis