Rollercoaster paling tinggi dan terjunan terpantas di dunia yang bertempat di Canada, akan dibuka tahun ini

JIKA anda ialah seorang penggemar aktiviti luar, pasti anda tidak mahu ketinggalan mencuba tarikan terbaru ini.

Rollercoaster dengan terjunan yang paling tinggi, terpanjang dan terpantas di dunia akan dibuka untuk orang ramai tahun ini.

Yukon Striker yang bertempat di Canada ini akan mencapai kelajuan maksimum 80 minit/jam, mempunyai ketinggian 245 kaki dan menawarkan empat cabaran penyongsangan.

Di bahagian paling atas, para penumpang akan ditahan selama tiga saat sebelum penurunan 90 darjah dan kemudian mereka dibawa meluncur ke dalam terowong bawah laut di mana gelung 360 darjah yang menakutkan akan menanti mereka.

 

Walau bagaimanapun, harus diingat Yukon Striker bukan rollercoaster terpantas di dunia, sebaliknya menjadi rollercoaster dengan terjunan paling pantas.

Rollercoaster ini akan dibuka di taman tema Wonderland Kanada di Ontario pada tahun ini.

 

Ia akan menjadi sebahagian daripada kawasan ‘gold-rush’ di tanah taman tema itu, Frontier Canada, dan akan menampilkan tiga kereta api yang membawa sehingga 24 orang penumpang.

Jom tonton video di bawah!

Pembinaannya bermula pada Januari 2018, manakala bahagian terakhir trek diletakkan pada bulan ini sebagai persiapan, bermula persiapan menjelang pelancarannya pada awal 2019. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply