Sebak Tun Abdullah Ayub Telah Kembali ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meningg4l dunia di Institut Jntung Negara (IJN) di sini awal hari ini.

Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi BERNAMA.

“Tun dimasukkan ke IJN 4 Disember lepas kerana masalah jntung biasa. Bagaimanapun, beliau dis3rang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).“Selepas menjalani rawatan, beliau meningg4l dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.
Beliau berkata solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.Dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Abdullah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Januari 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Januari 1981.Biodata Beliau
 
Tun Abdullah Bin Ayub telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping.
 
Berkat dan ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, Tun telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Cambridge School Certificate dan berjaya meneruskan pengajiannya ke Raffles College dan University Malaya, Singapore. Beliau lulus Ijazah B.A (hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan “Queen’s Scholarship” kerana pencapaian yang cemerlang.Kerjaya Tun Abdullah dalam pentadbiran bermula apabila beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Of cer) Malayan Civil Service (M.C.S) pada 5 Januari 1954 dan ditempatkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Buruh di Pejabat Buruh Selangor.Selepas lulus Pengajian Bahasa Cina, Tun Abdullah telah ditempatkan di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Setiausaha Sulit kepada Y.T.M Tunku Rahman Putra mulai Ogos 1956.
 
Beliau telah ditukarkan pula ke Kementerian Dalam dan Keadilan untuk membantu menyediakan persiapan perayaan Hari Merdeka dan Pertabalan Yang di-Pertua Agong yang pertama pada 31 Ogos 1957. Beliau kemudian telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pentadbiran Awam di Universiti Cambridge, England selama setahun dari tahun 1958 hingga 1959.Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk Beliau :'(
 
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
 
LMJom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat
 
Sumber : Bernama Via BH