Selepas Bersalin, Tak Boleh Laksa? Ini Penjelasan Dari Doktor

Baru-baru ini media sosial panas dengan isu makan laksa, orang lama kata mak-mak baru lepas bersalin kena elak makan laksa. Tetapi lain dari sudut sains pula mengatakan makan laksa langsung tak ada masalah.

Ok, yang sebenarnya mak-mak bersalin boleh ke tidak nak makan laksa? Nak tahu lebih jauh mak-mak boleh penjelasan daripada Doktor Hafiz Sulaiman ini…

Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Namun begitu, makanan ini sering dikaitkan dengan risiko angin dan sakit urat ketika berpantang selepas bersalin. Sejauh mana dakwaan ini?

Untuk melihat kesan reaksi makanan terhadap badan seseorang, kita perlu melihat dari kedua sudut. Pertama dari segi perubahan fisiologi badan ketika selepas bersalin dan keduanya kandungan bahan makanan itu sendiri yang mungkin menimbulkan reaksi sakit urat dan angin.

Perubahan Fisiologi Badan Ketika Mengandung

  1.  Ketika awal mengandung, badan adalah dalam keadaan tinggi stress kerana organ-organ badan perlu adaptasi kepada perubahan mendadak awal kandungan. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan menyebabkan perut menjadi stres dan lebih ‘bocor’.
  2. Sindrom peningkatan kebocoran ini @ leaky gut menyebabkan sistem pencernaan jadi lebih sensitif dan mudah rosak. Ini juga diterukkan oleh perubahan sistem pencernaan jadi lebih sensitif dan mudah rosak. Ini juga diterukkan oleh perubahan hormon lain seperti estrogen dan Hcg.
  3. Sistem pencernaan yang rosak juga menyebabkan badan jadi lebih sensitif. Emosi juga jadi lebih sensitif. Kulit juga jadi lebih sensitif dan mudah gatal-gatal. Tak hairan jika ekzema jadi teruk pada waktu ini. Usus juga lebih sensitif. Loya, muntah-muntah, cirit atau sembelit merupakan simptom biasa penyakit sensitif atau alah histamin.
  4. Mujur uri ibu mengandung mengandungi penawar sensitif badan. Ketika uri membesar, kebiasaanya simptom seperti morning sickness akan mula berkurang.
  5. Namun selepas uri yang merupakan penawar sensitif dikeluarkan, badan menjadi sensitif kembali. Dalam tempoh selepas bersalin sehingga 6 minggu inilah digalakkan berpantang mengikut petua orang lama.
  6. Kenapa 6 minggu? Tempoh purperium ini diperlukan untuk hormon, sistem pencernaan dan fungsi fisiologi badan lain pulih seperti biasa.

Ada Apa Dengan Laksa?

Laksa

Bahan asas laksa ini daripada beras. Tiada isu kebiasaanya dengan laksa ini dari sudut alahan. Malah tiada asas mengatakan laksa memerangkap angin. Namun begitu, sesetengah jenis laksa menambahkan santan ke dalamnya menjadikan laksa menjadi ‘kanji degil @ resistant starch’. Kanji degil lebih susah diserap, maka dimakan kuman usus dab menghasilkan banyak gas.

Bagi mereka yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah, makan kanji degil terutamanya waktu malam boleh mengakibatkan kembung, sakit kepala dan sakit perut seperti radang gastrik pada waktu pagi.

Kuah Laksa

Kuah laksa diperbuat daripada ikan-ikan selalu dikaitkan alahan seperti ikan kembung dan ikan tongkol. Ikan ini tinggi histamin iaitu bahan penyebab badan jadi sensitif mudah loya, muntah dan simptom angin seperti sendawa, kentut, perut berbunyi dan cirit birit-birit.

Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.

Bagi mereka yang tiada masalah sistem pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat. Namun bagi mereka yang ada masalah sistem pencernaan seperti alahan, wanita awal mengandung dan slepas bersalin, sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini.

Bahan Dalam Laksa

Cili

Digolongkan dalam kategori keluarga nightshades. Bagi sesetengah orang yang mempunyai dinding lapisan usus yang lemah, cili mungkin menyebabkan risiko keradangan gastrik dan simptom refluks (angin). Ia juga mungkin menyebabkan keradangan sendi dan saraf bagi sesetengah orang.

Asam Keping

Kesan berlebihan asam ialah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Ia dikatakan mungkin kerana kandungan asid hydrocitric (HCA).

Timun

Ada kandungan salicylate yang tinggi dan mungkin menimbulkan reaksi bagi mereka yang alah.

Daun Kesom

Mempunyai rekod kes alergi dan tidak mustahil sekiranya reaksi muncul terutama ketika badan sangat sensitif selepas bersalin.

Apa pun aduan reaksi negatif selepas makan laksa oleh wanita selepas bersalin perlu diambil serius. Lebih-lebih lagi ia merupakan masalah rungutan biasa turun temurun yang agak mustahil cuma mainan perasaan semata-mata.

Jadi saya persembahkan hujah secara saintifik kenapa bahan di dalam laksa mungkin mendatangkan reaksi bagi sesetengah orang terutamanya wanita selepas bersalin kerana perubahan hormon dan peningkatan sensitif badan.

Malah majoriti mereka yang mempunyai gangguan sistem pencernaan kemungkinan akan mengalami reaksi alahan selepas makan laksa. Bukan terhad kepada wanita bersalin yang sensitif semata.

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada mereka yang berpantang. Mereka yang mempunyai sistem pencernaan sihat boleh mengambil laksa tanpa risau dengan kadar yang sederhana.

Haa… jangan lupa ya, kesegaran bahan terutamanya ikan sangat penting!

Video cara pembuatan laksa :

Sumber : Mingguan Wanita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: viwanita