” Sempoi Giler…” – Majlis Resepsi Kaka Azraff Tarik Perhatian Netizen

Seperti diketahui umum, penyanyi Kaka Azraff telah selamat menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pada 14 disember lepas dalam satu majlis tertutup.

Terbaru, beberapa gambar majlis resepsi telah dikongsi oleh Kaka sendiri di akaun instagramnya bertemakan melayu klasik. Apa yang menarik, Kaka bersama suami dilihat sangat ‘sempoi’ dalam pakaian resepsi mereka, tidak seperti pakaian pengantin yang kebiasaannya.

Komen netizen;

Simple je cantikk…

Cantik, simple, elegant…

Mr Ragaman style…

Artikel Berkaitan:

PENYANYI Kaka Azraff bakal bernikah dengan kekasihnya Adam Azriff yang juga ahli perniagaan malam ini di Klang, Selangor.

Perkara itu disahkan ibu saudara Kaka iaitu Jojie Aminuddin yang juga pengurus kepada Ratu Rock negara, Ella.

Jojie ketika dihubungi berkata, majlis yang bakal berlangsung secara tertutup itu membabitkan keluarga dan orang terdekat kedua belah pihak sahaja.

“Betul, Kaka akan bernikah malam ini. Cuma majlis membabitkan keluarga kedua belah pihak saja. Insya-Allah, majlis bersanding nanti baru jemput ramai.

“Saya gembira untuk mereka. Lagi pula, tahun depan Kaka sudah nak masuk usia 30 tahun. Saya bersama keluarga lain sentiasa menyokong kerana kahwin adalah perkara baik.

“Bakal suami Kaka juga seorang yang baik, matang dan hormat orang tua. Kami sekeluarga sayangkannya. Saya doakan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi Instagram semalam memuat naik status yang seolah-olah menggambarkan majlis yang bakal berlangsung.

“Saya akan senyum seperti ini esok (hari ini),” tulisnya.

Gambar yang dimuat naik disertakan #grateful #syukur #family #love

Status dimuat naik itu turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Terdahulu, Kaka dilapor bakal berkahwin dalam tempoh terdekat namun enggan berkongsi butiran lanjut.

Keluarga pihak lelaki menghantar rombongan merisik pada 29 November lalu.

Difahamkan Kaka dan teman lelaki mula berkawan sejak setahun lalu.

Sementara itu, Ella menerusi Instagram memuat naik gambar yang seakan mengesahkan lagi majlis pernikahan anak saudaranya itu malam ini.

“Tak sabar nak tunggu malam ini,” tulis Ella ringkas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: IG @kakaazraff via AisVanilla