Seni Bina Bertemakan Industrial & Eco Friendly, Masjid Di Johor ‘Cool’ Habis!

Setiap masjid pastinya mempunyai konsep seni bina yang tersendiri. Walaupun dibina dengan konsep moden mahupun tradisional, elemen Islam tetap digabungkan sehingga terhasilnya sebuah rumah ibadah yang cantik dan mempersonakan.

Lain pula dengan konsep seni bina Masjid Daing Abdul Rahman yang terletak di Johor ini. Ia antara masjid yang pertama mengenengahkan seni bina bertemakan industrial dan mesra alam. Memang cantik!

Melalui perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Ezad Hafizy, Masjid Daing Abdul Rahman kini sudah dibuka untuk jemaah mengisi kekosongan saf. Masjid ini antara rumah ibadah yang ‘cool‘ dengan seni bina yang agak ‘hipster’ dibina hampir dua tahun.

Dibina dengan berkeluasan 3 ekar dan tanah masjid ini diwakafkan oleh UEM Land Berhad. Manakala kos projek pembinaan masjid ini pula berjumlah 3.89 juta. 1 juta adalah hasil sumbangan daripada orang ramai manakala baki kos keseluruhan projek disumbangkan oleh seorang penderma rahsia.

 

 

Sumber: Ezad Hafizy , Masjid Daing Abdul Rahman 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply