Seorang lelaki membeli ikan untuk dimakan tetapi terkejvt apabila mereka temui sesuatu di dalam perut ikan itu

Tak disangka terjumpa “tuah” dalam perut ikan. 😳

Seorang lelaki di China telah berkongsi kisah yang menarik yang terjadi kepada keluarganya yang sangat sesuai dengan pepatah Melayu, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’

Kisah bermula apabila lelaki itu telah menghabiskan hampir 20$ (RM 82.70) untuk membeli ikan kecil di pasar, dan apabila diceritakan kepada ahli keluarganya, mereka mengutuknya kerana membeli ikan bersaiz kecil dengan harga mahal.

Kerana memikirkan bahawa dia sudahpun membelinya dan tiada cara lain yang boleh dilakukan, lelaki itu meletakkan ikan itu di dapur dan mahu membersihkannya untuk dimasak.

Namun, tanpa diduga, ikan itu ternyata menyembunyikan sesuatu yang misteri di dalam kantung perutnya. Kerana berasa sedikit panik, lelaki itu menjerit sehingga membuatkan ahli keluarganya datang ke dapur untuk melihat keadaannya.

Dengan rasa teruja, lelaki itu berkata kepada ahli keluarganya, “setelah memotong, ikan ini mempunyai beg biru yang kecil, beg itu kelihatan sangat istimewa, jadi saya sedikit panik.”

Rupa-rupanya, lelaki itu berjaya membeli ikan yang sememangnya akan memberi keuntungan kepadanya!

Ikan itu sangat mungkin telah memakan makanan yang salah sehingga menyebabkan hal ini berlaku. Walau bagaimanapun, lelaki itu memutuskan untuk menyimpan wang tunai tersebut sebagai cenderamata serta mengambil berkat untuk seluruh keluarganya.

Lelaki Temui Mutiara Semasa Makan Tiram

Lain pula di BEIJING: Seorang pelanggan menemui sebiji mutiara semasa menikmati hidangan tiram barbeku di sebuah restoran di barat China, menurut laporan akhbar.

Chengdu Commercial Daily melaporkan lelaki yang berasal dari Chengdu di wilayah Sichuan itu menemui permata bersaiz kacang selepas memakan tiram tersebut.

Ia dikesan apabila lelaki tersebut mendengar bunyi sewaktu mengigit tiram berkenaan.

Menurut laporan, lelaki itu pada mulanya menyangkakan ia adalah sebiji batu kelikir tetapi sebaliknya sebiji mutiara selepas pemeriksaan dibuat lebih teliti.

Dia dipetik sebagai berkata bahawa insiden yang berlaku merupakan permulaan yang bertuah untuk Tahun Baharu dan dia bercadang untuk menggunakan mutiara itu sebagai hiasan pada cincin.

Seorang peniaga barang kemas memberitahu akhbar berkenaan bahawa mutiara itu terlalu kecil untuk mempunyai sebarang nilai komersial.

Manakala pemilik restoran barbeku dipetik sebagai berkata bahawa ia adalah insiden pertama seumpamanya berlaku di premisnya.

Seorang profesor bagi ternakan ikan di Universiti Pertanian Sichuan berkata, kejadian itu kemungkinan boleh berlaku tetapi sesuatu yang amat jarang bagi pelanggan menemui mutiara di dalam tiram yang dimasak secara barbeku.

Sumber: Collect Phuong Thao, Feedy TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply