Serikan Wajah Selepas Berpantang Dengan Inai

Ini satu lagi perkongsian yang menarik untuk dicuba dan sebenarnya telah lama diajarkan oleh bidan-bidan di kampung terutamanya kepada wanita yang tengah berpantang.

Malah daun inai juga jika dimakan boleh membantu mengatasi masalah bahagian intim yang berbau kurang menyenangkan.

Untuk itu, ayuh pelajari bagaimana cara penyediaan jamu ini yang telah dikongsikan oleh Puan Ct Fatimah.

Sekarang akak nak kongsi petua ibu wajah berseri-seri selepas pantang.

Bahan-bahan :

Daun inai segengam

Lesung batu buat menumbuk

Cara-cara penyediaan :

1. Cuci bersih daun inai

2. Tumbuk lumat daun inai

3. Gentel-gentelkan kecil2 sebesar kepala mancis tu.

4. Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.

Cara pengambilan :

Makan selama 2 minggu selepas sarapan

1 biji sehari

Kesannya :

Wajah terlihat pinkish dan glowing serta bahagian intim tidak berbau.

Sumber : Ct Fatimah

Sumber: Keluarga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat