Silap Mata Hebat Yang Tidak Dapat Dijelaskan Secara Logik! Pasti membuatkan anda terpukau…

0
91

Beberapa tahun lalu, nama seorang ahli silap mata muda mula meniti di bibir orang ramai dan membuatkannya amat dikenali.

Seringkali mempamerkan persembahan silap mata yang menentang mana-mana penjelasan saintifik, ahli silap mata yang berusia 20-an ini mula meraih berjuta-juta pengikut di laman sosialnya dalam tempoh yang singkat!

Dikenali sebagai Paul Vu, anda pastinya akan terpukau melihat aksi-aksi silap mata yang ditunjukkannya seperti mana reaksi terkejut yang jelas kelihatan di wajah mereka-mereka yang pernah menonton persembahan Paul Vu.

Sebagai seorang ahli silap mata jalanan, Paul Vu lebih gemar untuk menunjukkan bakatnya dengan bergerak dari satu parti ke parti yang lain demi membuatkan orang ramai kagum…

Selain daripada kemampuannya untuk mempamerkan aksi silap mata dengan pergerakan tangan yang pantas, Paul Vu juga memiliki satu kelebihan yang tiada pada individu biasa seperti kita.

Buktinya, pada tahun 2016 Paul Vu telah menyertai satu rancangan realiti TV British yang dikenali sebagai The Next Great Magician.

Dalam persembahannya itu, Paul Vu dengan yakinnya telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa dia adalah seorang pakar kiub Rubik!

Paul Vu telah meminta seorang penonton untuk mencampurkan kiub Rubik itu secara rawak dan dia berjaya menyelesaikan kiub itu kepada semua warna yang sama dalam hanya 30 saat sahaja!

Bakat dan kemahiran yang benar-benar mempesonakan!

VIDEO:

Sumber: EB

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: limaumanis