“Ingatkan putri gunung ledang td..” – Super Cantik Sangat Dato Siti

Terbaru, PEREKA fesyen terkenal Rizman Ruzaini telah berkongsi baju rekaannya untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Rata-rata netizen memuji kecantikan Dato’ Siti dan memuji rekaan baju tersebut. Antara komennya:

Ini kalau masih ada yang nak komen negatif pasal baju DCT ni memang buta hatilah– memang super cantik sangat 😍

Ingatkan putri gunung ledang td..

Ya Allah segaknyaaa

“Asalkan selesa, buat apa nak pakai pakaian ketat” – Siti Nurhaliza jawab busana dikr1tik lapuk

KEJAYAAN konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu berjaya membuktikan penyanyi nombor satu negara itu masih kekal relevan dalam kalangan peminat negara seberang.

Namun di sebalik kemeriahan konsert itu, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik pemilihan busana Siti apabila seorang pereka fesyen baharu menganggap ia lapuk dan tidak sesuai dengan kehebatan namanya.

Menjelaskan hal itu, Siti, 40, memberitahu dia tidak kisah dengan pandangan terhadap perkara tersebut kerana apa paling penting dirinya selesa memandangkan perlu banyak bergerak di pentas.

“Pandangan orang itu berbeza-beza dan saya ada alasan mengapa memilih pakaian tersebut.

“Asalkan selesa… Buat apa nak pakai baju terlalu ketat tetapi tidak keyakinan diri untuk menyanyi dengan baik?” soalnya.

Siti ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar terbaharu Vivo V15Pro yang diadakan pada Selasa.

Turut hadir pada acara itu aktres Janna Nick yang juga duta produk itu bersama Siti.

Bercakap mengenai konsert jelajahnya, Siti memberitahu dia akan melakukan beberapa penambahbaikan menerusi konsert di Singapura dan Kuala Lumpur selain mengambil kira pandangan peminat yang menonton konsertnya di Jakarta.

Malah kata Siti, dia juga menambah lagu selain pakaian berbeza mengikut kesesuaian selain memberikan kelainan pada setiap konsert itu.

“Setiap komen dan pandangan mengenai konsert di Jakarta saya ambil maklum untuk tampil lebih baik dalam memberikan persembahan terbaik.

“Insya-Allah akan ada penukaran dan penambahan lagu di Singapura dan Kuala Lumpur nanti selain busana juga berbeza,” jelasnya.

Konsert Siti Nurhaliza On Tour 219 akan diadakan di Singapura pada 2 Mac ini manakala di Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.

Tiket konsert di Arena Axiata sudah habis dijual.

VIDEO :

Sumber  : ig rizman ruzaini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply