Suprise Lepas Menyamar Jadi ‘Pesakit’, Kalini Ustaz Don Buat ‘Suprise Lunch’ Di Hotel Untuk Isteri

0
289

Siapa yang tak kenal penceramah terkenal Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don. Sikapnya yang bersahaja sangat menarik perhatian ramai untuk mendengar ceramahnya. 

Kesibukan isteri Ustaz Don dalam urusan kerja, lebih-lebih lagi isterinya seorang Pegawai Perubatan yang selalu ‘On Call’ tidak membataskan hubungannya suami isteri. 

Januari lepas, sempena hari jadi Isterinya, Ustaz Don telah menyamar menjadi pesakit di tempat isterinya bekerja dan meminta jururawat untuk memanggil isterinya ke kaunter kerana ada sesuatu yang harus dibincangkan. Dengan perasaan yang sedikit ‘Cuak’ kerana tidak berapa sihat,  si isteri yang menyangka pesakit tidak puas hati kerana ingin berjumpa di ‘FrontDesk’. 

Dalam perjalanan ingin ke kaunter, tiba-tiba ‘Pesakit’ tersebut pegang tangannya dan menghadiahkan nya hadiah yang bertimbun.. Rupa-rupanya, ‘pesakit’ yang tidak puas hati itu adalah suaminya.. Romantik nye Ustaz Don ni rupanya.. 

Baru-baru ini, Husna Zahry, isteri kepada ustaz Don telah memuat naik gambar dan video dilaman Instagramnya. Statusnya telah mendapat perhatian netizen dan mendapat 13.9k like. 

KAPSYEN IG:

One for keepsakes ♥️ #doakanyangbaikbaiksaja

 

VIDEO:

Tanggal 23 Ogos adalah detik terindah bagi Ustaz Don dan Isteri iaitu tanggal ulang tahun perkahwinan mereka. Pada Tanggal 23 Ogos juga, pasangan ini dapat tahu mengenai jasad yang berada di dalam perut si isteri. 

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.. 

KOMEN NETIZEN:

Alhamdulillah Tahniah.. 

MasyaAllah, Congratulations

Happy anniberseri-seri!

LM Harap, Ustaz Don Dan Isteri Sentiasa Sihat Dan Berada Dalam Lindungan Allah.. 

Teks Dari: Staff Lubuk Maklumat

Sumber: Ig HusnaZahry