Tabiat Suka Mencabut Rambut Berkait Rapat Dengan Gangguan Mental?

0
153

Ramai tidak tahu sesetengah tabiat kita sebenarnya berkait rapat dengan gangguan mental. Antaranya, mencabut rambut. Perasan tak, kadang-kadang ada orang tak sedar dia sedang ralit mencabut rambut sendiri.

Adakalanya, mereka tidak menyedari sedang mencabut rambut ketika menonton televisyen, bermain dengan telefon pintar atau dalam mana-mana keadaan lain. 

Aik, takkanlah suka mencabut rambut pun dikaitkan dengan masalah mental, kan? Ya, nampak macam perkara remeh dan biasa dilakukan kebanyakan orang. Tapi, tahukah anda tabiat itu merupakan tanda gangguan psikologi?

Menurut WebMD dan MayoClinic seperti dipetik Sirap Limau, ‘penyakit’ suka mencabut rambut merupakan gejala psikologi Trichotillomania.

Apa itu TRICHOTILLOMANIA?

Foto: The TLC Foundation for Body

Keinginan kuat untuk mencabut rambut dalam keadaan sedar ataupun tidak. Ia juga dikaitkan dengan impulse disorder dimana rasa ketagih untuk membuat tabiat sama walaupun sedar perbuatannya itu boleh memudaratkan diri sendiri. Contoh impulse disorder lain termasuk ketagihan mencuri dan bermain dengan api. 

Apa simptomnya?

Foto: Yukepo.com

Seperti tidak terkawal, penghidap Trichotillomania akan terus mencabut rambutnya walaupun sedar kepala sudah semakin botak! Selain itu, kelakuan seperti suka memeriksa rambut dari akar dan memintal rambut. Lebih parah, mereka boleh mengunyah bahagian folikel iaitu lapisan pada akar rambut!

Bagaimana boleh berlaku?

Foto: Vix.com

Puncanya masih tidak dapat dikenal pasti. Ada berpendapat bahawa ia berpunca daripada aktiviti otak yang memberi kesan pada emosi, pergerakan dan tabiat tidak terkawal. 

Mungkin juga disebabkan tekanan perasaan, atau mana-mana emosi negatif seperti kesepian, keletihan dan juga kecewa. Bagi mereka, mengamalkan tabiat seperti ini dapat memberikan kepuasan dan emosi positif.

Kenal pasti Trichotillomania

Foto: Granibaba.in

Tiada ujian spesifik bagi mengesahkan penyakit ini. Namun, doktor akan merujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan selanjutnya bagi mengelakkan ‘impulse disorder’ ini daripada membahayakan diri sendiri.

Kesan

Foto: carmelhairtechnologies.com

Seperti yang anda tahu, kekerapan mencabut rambut boleh membuatkan kepala menjadi botak. Lantas, menyebabkan pesakit hilang keyakinan berhadapan orang lain serta ingin menyembunyikan bahagian botak tersebut.

Macam mana nak rawat?

Foto: Twitter

Gantikan tabiat tidak sihat ini dengan tabiat lain. Jika gian mencabut rambut, cuba untuk bertenang dan melakukan perkara lain bagi meredakan keinginan tersebut. Atau boleh cuba menyibukkan diri dengan melakukan perkara lain yang lebih berfaedah. 

Tanam dalam fikiran bahawa tabiat ini memudaratkan diri serta membuang masa! – CARI

Video:

Sumber: cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo