“Tahniah Orked!” – Adik Sharifah Amani bertunang dengan kawan baik sendiri

Adik kepada Sharifah Amani iaitu Sharifah Aryana selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Jad Hanif di kediaman keluarga mereka pada Sabtu lalu.

 

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan saudara mara kedua-dua belah pihak.

 

Pelakon filem Mukhsin itu juga mengakui berasa teruja, gementar dan perasaan bercampur baur apabila mengambil keputusan untuk bertunang dengan kawan baiknya sendiri.

 

“On the 2nd of March 2019, I got engaged to my best friend. My parents were there as well as his, my aunties and uncle and his aunty and uncle.

“It was a small and intimate gathering as we sat down and discussed how the rest of our lives will pan out. I was nervous and excited at the same time and at times I wasn’t sure,

“…all I needed to do was look him in the eyes and was reassured,” tulis gadis berusia 24 tahun itu di laman sosial Instagram miliknya.

 

Tambah Aryana, mereka juga akan mengambil masa sebelum menentukan tarikh pernikahan supaya keputusan yang dibuat adalah betul.

“We’re going to take our time before we nikah just so we can make the right decisions but for now yeah, wish us luck I guess,” katanya.

 

Rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram turut memberi ucapan tahniah dan berharap agar hubungan mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan.

 

 

 

 

Sumber : Sharifah Aryana

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply