‘Tawa Yang Mengerikan’.. Rupa-Rupanya Bunyi Burung Nuri..

0
49

Bagi kebanyakan pencinta haiwan, burung nuri menjadi pilihan untuk dijadikan binatang peliharaan.

Hal ini kerana mereka bukan sahaja bersih, bahkan sangat ceria sehingga boleh membuatkan kita ketawa sewaktu mereka belajar menyebut sesuatu. Ianya bergantung kepada burung berkenaan sama ada mempelajari sebutan yang baik ataupun sebaliknya.

Mereka sememangnya bijak!

Seperti video di bawah, burung ini kelihatan sedang berjalan ke arah sebuah bilik di mana tuannya telah meletakkan camera tersembunyi untuk merakam percakapan dan kelakuan burung kesayangannya itu.

Sejurus sahaja burung itu melepasi pintu di bilik tersebut, kedengaran satu bunyi pelik – kemungkinan burung itu telah dirasuk!

Ya, rupa-rupanya bunyi ketawa yang aneh dan menyeramkan itu keluar daripada burung berkenaan! Rakaman tersebut kemudian di muat naik di laman sosial dan mengundang perhatian oleh ramai orang. Rata-rata mereka tidak dapat menahan diri daripada turut ketawa dengan bunyi ketawa oleh burung tersebut. Berikut adalah antara komen pengguna internet :

  • “Sepertinya burung ini tahu semua rahsia saya” – Brandon Wu
  • “Burung ini seperti mengetahui kesalahan yang anda lakukan dan bertindak mengugut anda ” – Erik Palomera
  • “Bunyi ini akan anda dengari pada kematian anda yang bakal berlaku” – Belshir Rihsleb

Burung ini kemudiannya dikenali dengan jolokan ‘hehehe parrot’ oleh pengguna internet dan difahamkan bahawa rakaman videonya telah ditonton lebih 2.8 juta kali di YouTube.

Cuba anda saksikan dan dengar sendiri bunyi tawa burung itu dan kemudian tentukan sama ada anda ketakutan mendengarnya atau turut tertawa bersamanya. 

Video:

Sumber: erabaru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo