Paha ‘Melimpah Ruah’? Amalkan Teh Herba Cina Ini..

Paha merupakan salah satu dari bahagian kaki yang cukup mudah mengalami timbunan lemak. Secara umumnya, bahagian paha akan semakin membesar sekiranya berat badan seseorang itu bertambah. 

Mempunyai bahagian kaki atau paha yang besar atau berisi membuatkan seseorang itu tampak rendah dan agar sukar untuk mencari seluar yang sesuai dengan mereka terutama sekali golongan wanita.

Malah ramai yang merungut tentang betapa sukarnya untuk mengecilkan bahagian tersebut walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Selain senaman yang menumpukan pada bahagian kaki, pemakanan yang betul juga turut membantu membakar lemak pada bahagian paha. 

Antara cara mudah untuk mengurangkan lemak pada badan terutamanya bahagian kaki adalah dengan mengamalkan teh herba cina. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Airiz Faudzan telah berkongsi resepi mudah bagi menyediakan teh herba ini sendiri di rumah melalui facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Jom kita lihat cara penyediaannya:

Resepi teh herba cina untuk kuruskan badan terutamanya bahagian kaki/paha. Semua bahan-bahan beli kat kedai herba cina.

Bahan-bahan:

1. Rose buds (putik bunga ros) kering

2. Rempah rosemary

3. Bunga jasmin kering

4. Serai

 

 

 

 

Untuk rasa lebih wangi dan ‘fresh’, keringkan serai sendiri.

Belah serai dan keringkan. Selepas kering, boleh dipotong halus.

 

Foto: Fb MAHN

Caranya:

Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam uncang teh. Uncang teh kosong boleh dibeli di Daiso atau di Lazada. Contoh uncang teh kosong Daiso seperti di bawah.

 

Foto: Carian Google

Boleh buat stok banyak-banyak dalam uncang. Nak minum, boleh rendam dalam air panas seperti biasa.’

Bolehlah cuba amalkan kalau nak kuruskan bahagian paha yang melimpah tu ye. Dalam masa yang sama jangan lupa lakukan senaman untuk kecilkan kaki. Nak cantik kena lah usaha sikit! Fighting..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo