“Tengok Banyak Kali Pun Still Tak Berhenti Gelak” – Aidil Zafuan Balas Balik Kepada Kembarnya Buat Netizen Geli Hati

Kemeriahan Perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 telah pun berakhir pada hari sabtu yang lalu. Pasukan Vietnam dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang piala yang menjadi rebutan negara-negara yang bertanding.

Sebelum ini, video kapten Harimau Malaya Zaquan Adha bergurau menuang air ke muka kembarnya, Aidil Zafuan yang sedang tidur.

Video ini menjadi viral di laman sosial sehingga mendapat banyak komen dan like daripada orang ramai.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum perlawanan final baru-baru ini.

Kepada yang masih belum menonton video tersebut, kami akan kongsikan kepada anda :

” Hahaha buat perangai lah dua beradik nii. Tak sabar tengok kembar beraksi atas padang malam ni ! @zaqone_08 @_aidil.zafuan_ #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2018.. “

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahaha buat perangai lah dua beradik nii 😂😂. Tak sabar tengok kembar beraksi atas padang malam ni ! @zaqone_08 @_aidil.zafuan_ #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2018

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Apa yang menariknya, yang terbaru kali ini Aidil pula yang membalas perbuatan kembarnya itu. Menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Era.Je, satu video rakaman Aidil mengenakan kembarnya pula menjadi viral.

Sebelum menuangkan air ke muka Zaquan yang sedang tidur, Aidil sempat bergelek dan berjoget lagi.

Alahai serius kelakar gurauan pasangan kembar ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Haaa haritu adik buat abang. Now misi balas dend4m. Bola dah habis pun tapi macam tak boleh move on pulak dengan perangai diorang ni. Betul tak ? “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka. Antara komen-komen netizen :

” Masalah sekarang ni . Perlu ke joget macamtu sebelum siram. Terhibur laa.. “

” Ishhh.. kalo aku tu… xde siram sikit gitu…. sebaldi aku angkut… “

” Tengok banyak kali pun still tak benti gelak.. “

” Reaction Zaquan be like ‘ hmm redho jelahh’.. “

” Dari video pertama lagi tak boleh nk tahu mana satu abang mana satu adik mana satu aidil mana satu zaquan.. “

” Suka nya tgk dieorang adik beradik ni bergurau.. “

” Btul 2 suka Sgt tgok gelagat diorang ni handsome plak 2.. “

Tak salah nak bergurau adik beradik kan ? So korang jangan serius sangat yer.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Kredit Video : Era.Je

Article by Berita Kopak / Ciungwanara