‘The Tulip’, Bangunan Gergasi Yang Bakal Di Dirikan Di Bandar Ikonik London

BANGUNAN pencakar langit yang diberi nama The Tulip (yang juga dikenali sebagai ‘spe3rma gergasi’) semakin hampir untuk dibina di London, United Kingdom selepas pemaju menerima kelulusan projek tersebut.

Struktur setinggi 304.3 meter itu akan menjadi bangunan kedua tertinggi di Eropah Barat seleaps Shard (setinggi 310 meter).

Ia akan dibina di Bury Street, London.

Bangunannya yang tinggi dengan rekaan unik dilengkapi dengan pelantar pemandangan, bar dan restoran.

Bangunan The Tulip dari pandangan atas. Foto PA

The Tulip dijangka menarik 1.2 juta pelawat setiap tahun apabila dibuka pada 2025.

Pengerusi peraka Foster + Partners, Chris Hayward berkata, selepas perdebatan yang panjang, jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan bangunan unik yang menjadi tarikan pelawat.

“Bangunan ini berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam menjadikan visi Square Mile untuk mewujudkan bandar yang ‘bertenaga’ selama 24 jam sehari.

Walaupun terlalu awal untuk meraikan pembinaan bangunan itu, ia dikatakan kelihatan menyerupai ‘sp3rma gergasi’. 

Kejayaan itu disebabkan Datuk Bandar London memberi kelulusan untuk pembinaannya.

Dilengkapi bar, restoran dan pelantar pemandangan. Foto PA

Bagaimanapun, ketua eksekutif Historic England, Duncan Wilson berharap Datuk Bandar London menolak idea itu kerana beliau berpendapat bangunan baharu itu akan menjejaskan pemandangan di kota London. 

“Bangunan iyang direka secara menegak dengan bentuk benjolan di bahagian atas itu didakwa merosakkan pemandangan dan warisan di London.

“Megahnya berdiri Tower of London yang merupakan simbol bandaraya itu bukan sahaja untuk jutaan rakyat London tetapi juga kepada seluruh dunia, dan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan itu akan terjejas,” tambahnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

 Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply