Tips Cara Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup.. Ini Nasihat Ustaz Azhar Idrus

0
204

Bila dah terima gaji, macam-macam yang bermain di fikiran. Nak bayar bil, nak bayar itu dan ini. Kadang-kadang rasa terlampau tertekan dengan keadaan yang sentiasa tidak cukup duit. Bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Mungkin ada sedikit salah cara kita menguruskan gaji kita, hidup ini harus berbelanja dengan bijak, jangan hanya ikutkan kemahuan sahaja. Fikirkan apa yang perlu dan penting sahaja, setkan dalam minda “nanti ada rezeki lebih baru beli apa yang kita mahukan”. Jangan pula dahulukan kehendak ya. Salah langkah gaji sampai tengah bulan sahaja, nak sampai akhir bulan dah semput beg duit. Jika anda masih bujang mungkin keadaan itu tidaklah memudaratkan sangat, tetapi bagaimana pula jika anda sudah ada isteri dan mempunyai anak? Anda seharusnya lebih peka akan keadaan anda sendiri.

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa “Tabung Haji”, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Nawaitu” itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara…

8.Menabunglah walaupun sedikit tetapi konsisten. Jangan hari ini menyimpan tetapi esok pula tidak menyimpan ya!

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui…

..اللهم صل على محمد و على ال محمد ..

Jenaka Ustaz Azhar..

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang

Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari

seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

(Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW

bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah

tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”(HR. Al- Bukhari)

Hiduplah dengan besederhana dan mensyukuri dengan nikmat yang ada. Jika anda rasa diri anda serba kekurangan, bandingkan diri anda dengan orang yang lebih susah. Ketika itu baru anda akan rasa bersyukur bahawa anda lebih bertuah dari mereka.

Jika hidup susah, maka belajarlah hidup secara sederhana. Jangan berbelanja mengikut kemahuan tetapi berbelanjalah mengikut kemampuan.

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: RencahRasa