Tiz Zaqyah Tayang Kekasih Baru, Nak Kahwin Tak Lama Lagi?

Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Tiz Zaqyah mencetuskan teka-teki apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka kacak di Instagramnya baru-baru ini.


Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status jejaka berkenaan namun ramai dalam kalangan peminatnya menebak jejaka berkenaan individu istimewa bagi Tiz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello 🙂

A post shared by TIZ ZAQYAH RAZAK (@tiz.zaqyah) on

Jejaka yang dikenali sebagai Syed Hafiz itu juga turut meninggalkan komen di Instagram Tiz dan memanggilnya ‘bb’.

Malah, ada antara teman rapat Tiz yang bertanyakan tarikh (untuk hari bahagia) pasangan itu disatukan.

“Sweet couple… I nak tempah baju ni. Tarikh dah ada ke?” soal teman rapat Tiz, Liza Abdul.

Ringkas Tiz menjawab: “Ya, udah sis.”


Selain itu, kebanyakan komen yang ditulis rakan artis dan peminat Tiz rata-ratanya mendoakan pasangan merpati dua sejoli itu disatukan.

Congratulation in advance Tiz and Syed Hafiz!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat