Tulang Bahu Alif Satar Terkehel Akibat Jatuh Papan Luncur

PENYANYI dan pengacara Alif Satar memberitahu tulang bahu kanannya terkehel dan ligamen koyak akibat terjatuh ketika bermain papan luncur salji semasa bercuti di Jepun pada minggu lalu.

Alif, 29, berkata keadaanya kini sudah semakin pulih selepas menjalani rawatan fisioterapi namun tidak boleh melakukan sebarang aktiviti melibatkan pergerakan bahu.

Alif memuat naik imbasan keadaan tulang bahunya.

“Jadi ni la sebab tangan kanan berbalut. Tulang bahu terkehel dan ligamen koyak… Jatuh teruk ketika bermain papan luncur salji minggu lalu.

“Tapi alhamdulillah… Saya dalam proses untuk pulih dengan fisio. Jadi, tiada latihan berenang atau sebarang pergerakan bahu untuk dua minggu,” kata Alif menerusi laman Instastory pada Khamis.

Biarpun cedera, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku ini masih ingin meneruskan hasrat menyertai perlumbaan basikal CIMB 2019.

Sebelum ini, Alif ada memuat naik foto tangannya memakai ‘arm sling’ di laman Instagram mendapat perhatian pengikutnya.

 

Ni doktor Jepun dah karate masukkan balik pada posisi yang betul. Tapi, kesakitan dan perit dia tuhan saja yang tahu.

Alif Satar

Penyanyi, pengacara

Dalam pada itu, Alif berkata, dia sudah mendapatkan rawatan ketika berada di Jepun dengan memasukkan semula tulang tersebut ke posisi yang betul.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

never grow old adeeq♥️ #futuremessageforarianamecca

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar ini memberitahu hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang dialaminya ketika itu.

“Haa… ni doktor Jepun dah karate masukkan balik pada posisi yang betul. Tapi, kesakitan dan perit dia tuhan saja yang tahu,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

 Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply