[VIDEO] Baby Yusoff Alqardawi Kena Cucuk Tapi Tak Nangis Pun

Kehadiran baby Yusoff Alqardawi dalam keluarga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Syahida turut memeriahkan lagi keluarga tersebut. Baby Yusoff dilahirkan pada 26 Jun 2018 di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur.

Anak bongsu usahawan popular ini sudah pun ada akaun Instagram sendiri dan sehingga saat ini, akaun Yusoff Al Qardawi sudah mencecah 281 ribu pengikut.

Hasil perkahwinan Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham serta dua orang anak angkat mereka Ameena dan Qayyum.

Semalam, Datin Syahida telah memuat naik video baby Yusoff yang sedang menerima suntikan oleh seorang Dr yang dikenali sebagai Dr Vernon. Menariknya, Yusoff telah menunjukkan tingkah laku yang sangat baik kerana tidak menangis semasa dicucuk oleh Dr tersebut.

Selain itu, netizen juga turut tertarik dengan perwatakan Dr yang sangat santai dan pandai mengambil hati Yusoff sebelum dan selepas suntikan tersebut.

VIDEO :

PART 1

PART 2

Antara komen netizen yang tertarik dengan kedua-duanya, Dr dan baby Yusoff.

Alooooo Yusof kuat.. Doc terbaik

Seronok tgk doc ni layan Yusuff

so lovelynya Dr. tomei Yusuff

Laa Yusof x nangos pn kena cucuk.. Gudboy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram yusoffalqardawi