[VIDEO] Friendship Goal.. Netizen Turut Terharu Dengan Kejutan Ardell Terhadap Nadzmi

Pada 6 November yang lepas pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya adalah Nurul Hidayah Mohd Amin,28 telah memberikan kejutan kepada rakan kongsi perniagaannya iaitu Nadzmi Adhwa sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26.

Ardel bertindak mengajak Nadzmi ke rumahnya tanpa memberitahu alasannya. Apabila Nadzmi tiba di rumahnya, Nadzmi disambut dengan nyanyian lagu oleh ahli keluarga Ardel serta kek yang telah terhidang di atas meja. 

Bukan itu sahaja, Ardell juga turut memberi kejutan dengan memberikan sebuah kotak yang besar kepada Nadzmi dan menyuruh dia mencari hadiahnya di dalam kotak tersebut.

Alangkah terkejutnya Nadzmi apabila dia menjumpai salah satu daripada hadiahnya ialah IPHONE XS MAX yang akan dibeli 5 tahun akan datang. Hal tersebut membuatkan dia berasa sebak sehingga mengeluarkan air mata.

Nadzmi turut meluahkan ucapan terima kasih kepada sahabat baiknya di laman instagram.

Terima kasih @ardellaryana😭 Aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak wish aku tunggu je 😞 Rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya 😭 Kenapa kau belikan benda benda mahal ni semua untuk aku 😭 Iphone XS Max tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli 😭 Pandaikan kau beli pam asma tu mentang mentanglah aku selalu semput. Yang paling penting sekali team kita minat sama ! Arsenal ! Die hard fans dari kecil lagi sama dengan kau 😘 Aku doakan kau sihat supaya nanti kita boleh futsal macam dulu dulu.

Semoga kau sembuh sepenuhnya. Ingat ,Walaupun orang cakap kau friendzone aku tapi aku tak kesah weh. Diorang tak tahu. kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi 😘 Sayang sangat !!! Terima kasih untuk semua ni, terima kasih juga semua family kau.

Weh kita walaupun beza 2 tahun kau acah acah anggap aku adik , tapi takpe kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak jugak 🤣 Opps. Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Takpe aku cepat cepat dewasa okay supaya kau nampak aku ni dah matang 🤭 Semoga Allah bukakan pintu hati kau yang keras tu untuk aku. Eh eh 🤪 To all girls out there yang nak bagi suprise kat kawan lelaki boleh bertapa dulu dengan @ardellaryana ni. Dia ni pun dah macam lelaki dah opss, and kekadang kan @ardellaryana aku rasa kau lebih lelaki dari aku 🤭🤣😘 Terima kasih untuk semua ni. Kau memang legend kakak ! 🤮🤮 #WanitaKu #AdhwaTurns26#NovemberBabies #Scorpio #YaGunnersYa#COYG Dalam kad tulis hadiah tak seberapa 😞 Tapi hadiah kau bagi bapak berapa rapa 😭😭

Ardell juga turut memuat naik ucapan kepada ‘BFF’ nya beserta 2 keping gambar di laman instagram sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran kawan baiknya. Menurutnya, dia telah membuat persiapan pada 6 hari sebelum ulang tahun kelahiran Nadzmi dan sengaja wish lambat untuk menguji BFFnya.

Selamat menyambut Deepavali to all who celebrates it ☺️. And to @nadzmiadhwa i never forget laa , your birthday . MyBestfriend birthday 🎂kot @nadzmiadhwa 😅, how come aku lupa. Jangan merajuk dulu wawa, aku ingat.. aku saja wish lambat , aku tau kau mesti sedih/terasa punya 🙂 sorry ok 🤣( saja nak tengok kau sentap ). Aku da prepare dari 6hari lepas lagi ☺️tau , aku tak lupa pun , kau bz shooting aku tak nak kacau 😃. Mari datang collect hadiah 🎁 kau dekat rumah aku kitorang dah tunggu ni, 😊dah jadi pekasam da tu ( aku harap kau suka la 😉) . Pejam celik , dah besar dah kau , genap usia kau 26 tahun harini .. cepat2 dewasa ok😌 . Last , aku nak ingat kan aku ni sahabat kau .. setiap tahun pun birthday kau aku tak pernah lupa k ☝🏻😒 , tak sampai hati tengok kau sedih ( Aku kan kakak, kau tu dah macam adik aku dah😝 ) . Aku harap kau lebih gembira dari tahun sebelum nya , May Allah ease everything for you dunia & akhirat 🌼✨ wawa .

VIDEO :

Rata-rata netizen turut terharu dengan kejutan Ardell buat Nadzmi sekali gus mendoakan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.

sweet terukk!! tungla

hol itu la SAHABAT! waktu susah dan senang. Hargai…..

Ayat ardell “aku belum mati lagi ni kalau aku mati ni sedih mcm mana”

Happy Birthday… sampah masuk. mata ni semuga dijodohkan ..amiin

bestnyaaa friendship goals diaa hm nak nangis

apahal plak laa… ak menangis ni… beruntung dikeliling org yg baik2.. itu pun dikira rezeki….

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram ardellaryana/nadzmiadhwa