[VIDEO] Gunting rambut guna api, jangan tiru ini di rumah!

Pernahkah anda melihat rakaman video seorang lelaki menggunting rambut menggunakan api?

Rakaman yang viral tahun lalu berlaku di India apabila seorang tukang rambut professional menggunakan api dan pedang bagi menggunting rambut pelanggannya di salun.

Terbaru, satu lagi rakaman menunjukkan kaedah sama yang viral  di laman sosial Instagram pada hari ini. Video yang dimuat naik menarik perhatian netizen dan mendapat tontonan melebihi 200 ribu tontonan dalam masa 4 jam.

Dalam rakaman yang dikongsi oleh akaun colourswitch menunjukkan seorang lelaki menggunting rambut tidak menggunakan gunting atau mesin sebaliknya hanya menggunakan api dan  dua sikat.

Menurut beberapa blog dan portal kecantikan, rawatan menggunting dan menggayakan rambut menggunakan api sememangnya sudah wujud di negara Latin Amerika seperti Brazil dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun kaedah ini dipersoal jikalau benar-benar efektif, sekadar kecantikan sementara ataupun boleh merosakkan folikel rambut berkenaan.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Instagram colourswitch via freemalaysiatoday