[VIDEO] “Hangpa Jangan Tonyoih Kuat..”- Aksi Adik Ni Tiru Mua Bellaz Jadi Tumpuan Netizen

0
135

Jika menyebut tentang tutorial makeup, pastinya kita terbayangkan seorang Makeup Artist atau lebih glamour dipanggil sebagai MUA yang lancar bertutur dan cekap mengedalikan solekan. Mereka pasti mempunyai penampilan yang menarik, sesuai dengan kerjaya mereka sebagai MUA yang ditugaskan untuk menyolek seseorang sehingga menjadi cantik!

Baru-baru ini tular satu video tutorial make up oleh si cilik yang meniru gaya percakapan MUA terkenal tersebut dan videonya berjaya menarik perhatian netizen termasuklah Bellaz sendiri.

Dalam video itu, dia telah meniru cara percakapan MUA Bellaz yang pekat dengan slang Kedahnya setiap kali beliau membuat video tutorial makeup. Netizen jadi geli hati melihatkan kepetahan adik itu yang bercakap seperti bertih jagung. Dia yang membahasakan diri sebagai Bella ketika itu tidak berbaju dan agak comot telah menjadi perhatian dan sumber hiburan kepada mereka.

Menariknya, video itu telah sampai kepada pengetahuan MUA Bellaz. Dia yang turut terhibur telah memuatnaik video tersebut di Instagram miliknya.

AHHAHAHA adik mmg followers akak yg setiaa…mulut mcm aunty tau…apa nma FB adik..akak nk bg hadiah TOYS R Us kat adik hhehe mau dk

VIDEO :

Netizen tidak melepaskan peluang memberikan komen terhibur mereka di video itu. Ramai yang seronok melihat aksi adik ni bercakap laju dalam loghat Kedah, sebiji seperti MUA Bellaz. Menariknya, MUA Bellaz yang teruja setelah terjumpa Facebook adik ni juga telah memberikan komennya di video berkenaan.

nanti jadi muabellaz la jawabnya

dngr dia berletiaq rasa sebijik mcm bella haha

eiii pandai die ajuk. hahahahahahaha

Budak ni dh terjebak…hihi…sejibik

hahaha comel sgttttt bag angggg

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Instagram muabellaz via media ohsem