[VIDEO] “Jangan, Jangan, Jangan..!!” – Reaksi Syeriv Bila Bapak Pegang Tangan Bubu

Siapa yang tidak mengenali anak comel ini, anak kepada selebriti terkenal Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syerivsamheizy atau lebih dikenali sebagai Matyip. 

Syerivsamheizy, anak pelakon kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini memang boleh buat ramai gadis di luar sana cair. 

Terbaru, satu video Syeriv memarahi Shaheizy Sam kerana menggengam tangan Syatilla telah dimuat naik di akaun instagram dengan berkapsyen;

“Ni pemusnah rumah tangga ka mcmana ni?🤣 sampai xboleh langsung bapak sentuh kulit bubu☹️”

Video ini menarik perhatian netizen yang geli hati dengan gelagat Syeriv.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ni pemusnah rumah tangga ka mcmana ni?🤣 sampai xboleh langsung bapak sentuh kulit bubu☹️

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on

Komen netizen;

Kuat cemburunya haha…

Haha macam anak kami laa…

Comel sangat…

Artikel berkaitan;

KUALA LUMPUR: Lebih dua bulan berulang-alik ke lokasi penggambaran seawal 6.30 pagi, pelakon Syatilla Melvin yang baru selesai menyiapkan telenovela 60 episod, Selafaz Cinta, mahu berehat panjang.

Syatilla, 27, yang ketika ini hamil anak kedua, mengaku tidak sabar untuk berehat dan menghabiskan masa bersama anak sulung, Syeriv Samheizy yang berusia 18 bulan.

“Pagi-pagi sekitar jam 6.30 pagi saya sudah keluar rumah. Kasihan Syeriv kerana apabila dia bangun tidur, saya tiada di sisinya.

“Sebaik tamat penggambaran, saya bercuti dan berehat hinggalah saya selamat melahirkan anak kedua ini. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

“Saya ada dengar ura-ura penerbit mahu menghasilkan sekuel drama ini. Jika betul berita itu, mereka kenalah tunggu hingga saya selesai bersalin dan kuruskan badan.

“Selepas itu, barulah saya bersedia untuk kembali berlakon,” katanya kepada BH Online.

Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini sedang hamil empat bulan.

Syatilla berkata, kesibukan di lokasi Selafaz Cinta yang menggandingkan dirinya dengan Saharul Ridzwan, menyebabkan dia belum sempat sempat menjalani pemeriksaan imbasan untuk mengetahui jantina bayinya.

“Bayangkan, kandungan saya sudah berusia empat bulan lebih tapi masih belum sempat hendak buat pemeriksaan imbasan jantina. Pihak hospital terpaksa ingatkan saya mengenai temujanji itu.

“Memang kena buat tetapi saya kena tunggu sehingga kerja semua selesai. Lagipun, Sam sibuk dengan promosi filem terbarunya.

“Apabila ada masa terluang, kami akan pergi buat pemeriksaan,” katanya.

Mengenai pengalaman berlakon telenovela panjang itu, Syatilla mengaku watak wanita yang menjadi mangsa kecurangan suami memerlukan dirinya banyak bergerak, sekaligus boleh membahayakan kandungan.

Ini membuatkan Syatilla terpaksa berhati-hati supaya tiada kejadian buruk berlaku kemudian hari.

“Hanya selepas menerima tawaran ini baru saya tahu diri hamil. Disebabkan tak mahu menyusahkan pihak produksi, saya teruskan walaupun dalam hati terbit rasa bimbang. Ini kerana kandungan masih dalam peringkat awal.

Telenovela 60 episod, Selafaz Cinta menggandingkan Syatilla dan Saharul. – Foto IG Syatilla Melvin“Pengalaman pernah gugur sebelum ini menambahkan lagi rasa gusar dalam diri.“Sebagai persediaan, saya makan ubat penguat rahim. Dalam drama ini, banyak babak yang memerlukan saya jatuh pengsan dan kemalangan.“Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya meminta kelonggaran untuk tidak melakukan babak itu.“Sebaliknya, saya meminta mereka menggunakan teknik ‘camera trick’ supaya menampakkan seolah-olah sayalah yang melakonkan babak terbabit,” katanya.Selain Syatilla dan Saharul, telenovela Selafaz Cinta dibintangi Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Aqasha, Cha Cha Maembong, Sura Sojangi, Luqman Hafidz dan Fezrul Khan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: IG syerivsamheizy via BH/SinarViral