[VIDEO] ‘Kami Mahu Tenang-Tenang Dulu’ – Mira Filzah Belum Ada Perancangan Ke Arah Perkahwinan

Pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah kini dikatakan sedang berkawan rapat dengan Pelawak terkenal Zizan Razak. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka turut mempunyai hubungan istimewa. Namun, Mira turut mengakui bahawa Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Sejak pengumuman Zizan Razak yang ingin berkahwin dan ramai mengenali identiti bakal isterinya itu, makin kencang gosip mengatakan bakal isterinya adalah Mira Filzah. Namun Mira menjelaskan, dakwaan itu tidak benar.

“Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan. Saya selesa berkawan dengan Zizan kerana dia mempunyai ciri-ciri itu”

“Biarpun gemar berjenaka, ada masanya dia sangat serius dan itu yang membuatkan saya senang mendekatinya,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai desas-desus mengatakan mereka ingin berkahwin.

Terdahulu timbul gosip mengatakan pasangan ini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan yang difahamkan bakal berlangsung dalam masa terdekat. Kalau betul apa salahnya kahwin cepat-cepat, nanti disambar orang!

Sebelum ini pernah beberapa kali Mira dan Zizan ‘ditangkap’ peminat berbalas komen di Instagram, walaupun tidak terlalu kelihatan mereka bercinta tapi mereka cukup mesra berbalas komen di akaun masing-masing. Apa-apa pun LM doakan yang terbaik untuk mereka!

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber:Instagram mfmirafilzah via roti kaya