[VIDEO] Lihat inisiatif guru ini memberi motivasi kepada pelajar-pelajarnya..Menakjubkan bukan?

0
102

Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka bukan sahaja harus mengajar dan mendidik pelajar malah perlu memastikan anak-anak murid mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk terus ke sekolah. Tidak semua kanak-kanak ataupun remaja mempunyai kesedaran akan pentingnya ilmu.

Jadi mereka hanya mengambil ringan soal sekolah dan pelajaran. Ada juga yang tidak langsung bersemangat untuk belajar, datang ke sekolah pun kerana terpaksa. Jadi, selain ibu bapa, guru adalah individu yang boleh membantu pelajar supaya terus bersemangat untuk meneruskan persekolahan mereka.

Hubungan antara guru dan pelajar juga adalah sangat penting kerana para pelajar biasanya akan menghabiskan separuh daripada hari mereka di sekolah bersama guru-guru mereka.

Jadi, hubungan baik antara guru dan pelajar adalah penting kerana ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sekolah Rusia ini, seorang guru telah melaksanakan sebuah rutin yang dikatakan dapat membentuk budaya yang baik dalam kalangan pelajarnya. Apa yang dilakukan ialah, sebelum kelas bermula guru tersebut akan akan menari dengan setiap pelajarnya.

Guru tersebut akan mengingati setiap langkah tarian yang akan dilakukan oleh setiap pelajarnya dan sebelum masuk ke kelas mereka akan menari bersama. Walaupun sekejap tetapi momen tersebut sememangnya sangat manis dan pasti akan diingati oleh setiap pelajarnya kelak!

VIDEO :

Lihatlah senyuman yang terukir di bibir mereka, mereka pasti tidak akan sabar untuk memulakan pembelajaran dengan guru sebaik dan selucu ini. Pasti suasana kelas mereka juga penuh dengan keceriaan!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Erabaru