[VIDEO] Murid Mamai Galas Kerusi Sebagai Beg Sekolah

Tertidur di dalam kelas sememangnya menjadi perkara biasa dalam kalangan murid-murid sekolah. Malah, ada dalam kalangan mereka yang tertidur itu menjadi bahan usikan rakan-rakan sekelas.

Namun, sebaliknya berlaku kepada murid ini apabila dia tertidur di dalam kelas sehingga waktu pulang sekolah. Murid yang kelihatan seperti dalam lingkungan 7-9 tahun itu tidak menyedari bahawa waktu sekolah telah tamat dan terus dibuai mimpi.

Kemudian, seorang wanita yang dipercayai sebagai gurunya membantu mengemaskan barang-barang murid tersebut dan memasukkan ke dalam beg. Namun, setelah murid tersebut terjaga dari tidurnya, dengan keadaan dirinya yang separuh sedar dia terus mengambil kerusi yang berada di sebelahnya lalu menggalas seperti beg sekolah. Aksi tersebut membuatkan semua orang disekelilingnya ketawa tidak berhenti.

VIDEO :

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan tidak sedar murid tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Ohbulan