[VIDEO] Niena Baharun Sambut Acara ‘Baby Shower’, Bakal Timang Anak Sulung

0
327

Niena Baharun pernah menjadi menjadi bualan hangat netizen di laman sosial gara-gara watak sebagai Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku. Watak tersebut berjaya mencetuskan kemarahan penonton terhadap  Niena yang memegang watak sebagai Husna dalam drama tersebut. 

Niena juga merupakan seorang isteri dan bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi. Niena sebelum ini telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu. Dengan hanya sekali lafaz, heroin drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan tempatan, Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Baru-baru ini juga, suami pelakon Niena Baharun iaitu Aliff Firdaus Abdul Hadi menerima DIMP yang mendapat gelaran Datuk dalam satu istiadat pengurniaan darjah kebesaran. Bila si suami dapat gelaran dan pangkat tertentu, automatik si isteri pun akan membawa gelaran tersebut terutama pada nama mereka.

Terbaharu. Catriona Ross menerusi istastorynya @catrionabrianross, memuat naik video babyshower Niena Baharun. Cantik sungguh Datin Niena ni. 

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber:soyalemon